Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Huawei P40 Dijangka Lebih Murah Berbanding P30, Ini Sebabnya

An-Naim Jamhari, January 30, 2020

Huawei merupakan salah satu pengeluar telefon pintar Android mercu terbaik dalam pasaran dunia. Huawei berasal dari negara China, mempunyai headquarter di Shenzen dan kilang pengeluaran di Dongguan. Sudah pastinya, peranti akan datang di Malaysia adalah bebas penyakit Wuhan okay semua, dan penyakit tersebut tidak dapat disebarkan melalui objek bukan hidup sebenarnya.

Gambar bocor berkaitan rekaan Huawei P40 Pro

Tanpa borak panjang, Huawei akan melancarkan siri P40 pada masa terdekat ataupun dalam beberapa bulan kalau jauh sikit. Apa yang pentingnya adalah poket bakal pengguna, sama ada harganya mencanak setinggi gunung ataupun bukit yang rendah sikit. Ramai pihak berpendapat bahawa Huawei siri P40 akan dilancarkan dengan harga yang lebih murah, berbanding siri P30 sebelum ini.

  • Peranti Huawei tidak perlu membayar lesen GApps

Setiap peranti Android selalunya sudah terpasang dengan Google Apps. Ia bukan percuma sebenarnya, ia memerlukan lesen berharga $40 (RM160) untuk setiap peranti. Huawei P40 tidak akan menggunakan GApps dan ini akan memotongkan harga jualan peranti.

  • Taktikal oleh Pasukan Huawei

Huawei telah menurunkan harga jualan setiap peranti mereka sejak akhir-akhir lalu akibat kesan daripada penyekatan komersial oleh Amerika Syarikat. Selain itu, mereka akan dijangka menurunkan harga jualan untuk menggalakkan pengguna bagi mencuba ekosistem operasi sistem Huawei yang baharu.

  • Logikal pengeluaran dunia

Dalam dunia teknologi, kos pengeluaran selalunya bertambah efisien dan murah dengan adanya teknologi-teknologi baharu. Ini bermakna, peranti-peranti baharu diperkenalkan adalah lebih murah dari sebelumnya. Faktor lain pula adalah ingin mengekalkan daya saing dan kompetitif kepada pesaing dalam menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Sebagai contoh yang jelas lagi terang bersuluh, iPhone 11 adalah lebih berkuasa berbanding iPhone X walaupun harga pelancaran bagi iPhone 11 sebenarnya lebih rendah berbanding iPhone X sebelum ini.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post
©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes