Kita sudah lihat telefon pintar canggih dari Huawei sepanjang 2019 ini seperti siri P30. Tapi jika anda sedang mencari pilihan yang lebih murah, mereka baru saja merasmikan siri Huawei Nova 5 di China, pendatang terbaru dalam kelas pertengahan.
Huawei Nova 5 ini yang pertama menggunakan cipset Huawei terbaru iaitu 7nm Kirin 810 cipset. Ia menawarkan 8-teras (dua teras 2.27Ghz Cortex-A76 cores dan enam teras 1.88Ghz Cortex-A55).
Ia hadir dengan GPU Mali-G52 di mana pretasi grafik yang telah dinaik taraf. Tapi, penambahan terbesar pada cipset ini adalah NPU, membawakan silicon kecerdasan buatan pada cipset pertengahan Huawei buat kali pertama.
Manakala, Nova 5 Pro sahaja yang lain kerana ia menggunakan cipset flagship iaitu Kirin 980 berbanding Kirin 810.
Kesemua siri Nova 5 ini hadir dengan 4-kamera – dengan 48MP sebagai lensa utama, 16MP seebagai ultra-luas, 2MP sebagai sensor telephoto dan 2 MP sebagai macro kamera. Manakala sebuah lensa 32MP akan membantu anda berswafoto yang berada pada takuk waterdrop.
Tambahan lagi, ia datang dengan skrin bersaiz 6.39” HD+ penuh OLED bersama sensor cap jari yang berada di belakang paparan.
Huawei juga mengesahkan ia hadir dengan teknologi pengecasan pantas 40 watt, yang mengambil hanya 15 minit untuk mengisi 50 peratus atau 30 minti untuk 85 peratus. Namuin, ia masih belum pasti sama ada ia dibina untuk kesemua model atau hanya pada Pro sahaja.