Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Huawei Menawarkan Servis Menggantikan Bateri Serendah RM99

An-Naim Jamhari, April 8, 2019

Berita baik buat pengguna Huawei serata Malaysia, mereka dengan rasminya sedang menawarkan servis menggantikan bateri serendah RM99 sahaja siap pasang. Promosi ini hanya diadakan buat sementara waktu sehingga stok habis.

Program ini dijalankan di pengedar sah service center Huawei serata Malaysia. Namun, bukan semua model terpilih untuk menikmati servis ini. Hanya Huawei P Series, Mate Series dan Nova Series yang terpilih, anda boleh lihat model yang terpilih dengan lebih lanjut:

Servis yang ditawarkan ialah penukaran bateri sahaja, dan harga RM99 merangkumi bateri baharu serta cas pemasangan.

Mereka juga berkata bahawa siapa cepat, dia dapat – ini bermakna tiada stok baharu akan dibawa masuk. Stok adalah terhad.

Jika anda berminat dengan servis dari mereka, anda boleh semak lokasi Pengedar Sah Huawei Malaysia Service Center. Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh menghubungi Customer service Huawei. Manakala maklumat penuh anda boleh dapati di Website Huawei Malaysia.

Berita Teknologi BateriHuawei

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes