HongMeng OS merupakan pilihan terbaik bagi Huawei sebagai sistem operasi untuk telefon pintar. HongMeng OS ataupun dikenali sebagai Ark OS sedang dibangunkan oleh pasukan Huawei sejurus penyekatan dari Amerika Syarikat dilaksanakan. Penyekatan ini menyebabkan Huawei terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Android dari Google.
Terbaru, sebuah laporan mengatakan bahawa Xioami, Oppo dan Vivo sedang menguji HongMeng OS. Syarikat tersebut yang berpangkalan di China ini dijangka akan meninggalkan Android kelak kerana ia mampu menandingi Android. Berikut laporan dari Global Times:Pembangunan HongMeng OS pastilah menyeronokkan kerana ia diuji oleh pengeluar dari China. Umumnya, penjualan telefon pintar dari negara China adalah 40% dalam pasaran dunia iaitu Huawei (17%), Xiaomi (8%), Oppo (8%) dan Vivo (7%) dalam tempoh suku pertama 2019.
Jika HongMeng OS dibantu oleh syarikat tersebut dan syarikat telefon pintar domestik tempatan, OS ini dijangka boleh menembusi pasaran dunia apabila ditawarkan pembangunan daripada syarikat-syarikat besar.
Seperti yang kita tahu di China, mereka ada dunia mereka sendiri. Mereka tidak menggunakan Twitter dan WhatsApp, tetapi menggunakan Weibo dan WeChat serta aplikasi alternatif lain. Dari situ kita lihat, HongMeng OS sememangnya akan dilancarkan satu hari nanti.
Menurut khabar yang lain, sistem operasi ini dikatakan 60% lebih pantas berbanding Android. Menurut penganalisa, custom ROM yang dibina oleh part-time developer mempunyai kepantasan yang lagi tinggi berbanding ROM asal. Tidak mustahil, gabungan jurutera dari kuasa China boleh menepati ciri 60% lebih pantas dari Android.
Menurut sebuah laporan yang lain, Huawei telah menghantar 1 juta telefon pintar yang hadir dengan HongMeng OS untuk diuji. Tanpa maklumat yang tepat, peranti tersebut tidak pasti akan berada di pasaran atau sebagai produk pembangunan. Laporan ini juga mendedahkan HongMeng OS boleh menjalankan kesemua aplikasi Android dan juga meningkatkan ciri keselamatan untuk melindungi maklumat pengguna.
The China Daily mengatakan bahawa CEO Huawei, Richard Yu memberitahu bahawa HongMeng OS akan dilancarkan seawal penghujung November ini atau bulan Mac tahun hadapan. Ia sedang disediakan untuk dipasang pada telefon pintar, komputer, TV dan sebagainya.