iPhone 5 yang dilancarkan pada 7 tahun lalu masih mempunyai pemiliknya sendiri. Apple baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa setiap pemilik iPhone 5 perlulah mengemaskini peranti mereka supaya tidak mengalami apa-apa masalah.
Pemilik iPhone 5 hendaklah mengemaskini sistem operasi kepada versi iOS 10.3.4 sebelum 8 Pagi, 3 November 2019 (waktu Malaysia) untuk meneruskan menggunakan servis Apple seperti App Store, iCloud Mail dan lain-lain lagi.
Jika pemilik tidak berbuat sedemikian, pengguna akan menghadapi masalah menggunakan iOS. Ini bermakna, pemilik iPhone 5 berkenaan perlu mengemaskini iOS melalui Mac atau PC yang lebih merumitkan.
iOS terkini buat iPhone 5 telah menyelesaikan isu ketepatan lokasi GPS, tarikh dan waktu. Untuk mengemaskini iOS anda, sila pergi ke Settings > Software Update.
Sumber: 9to5mac