Sekarang, keadaan music player Google adalah sedikit huru-hara. Google Play Music adalah satu music player keluaran Google , tetapi anda juga boleh mendengar lagu-lagu dan menonton video melalui YouTube Red.
Pengguna telefon pintar boleh download music daripada Youtube dengan mudah apabila menggunakan Youtube Red. Maka, ada terdapat satu khabar angin yang Google akan menggantikan Google Play Music (mungkin sekali dengan Youtube Red) dengan Youtube Remix.
Isu ini merupakan khabar angin yang tersebar pada bulan Disember lepas, tetapi ada laporan yang terbaru dari Droid Life yang dikatakan Google akan menutup Play Music berikutan pelancaran YouTube Remix. Kita tidak tahu tentang bilakah ia akan dilancarkan, tetapi pengguna dilaporkan akan dipaksa keluar dari Play Music menjelang akhir tahun ini.
Tidak jelas pada masa ini jika senarai playlist, lagu yang telah di-like, dan fail tempatan yang disimpan akan dipindahkan ke YouTube Remix, tetapi Google perlu mempunyai beberapa jenis sistem untuk membuat peralihan yang lancar.
Jika YouTube Remix menggantikan Play Music, apa yang akan berlaku kepada YouTube Red? YouTube mula menandatangani perjanjian dengan label rekod untuk Remix menjelang akhir tahun 2017, dan sebelum SXSW tahun ini, seorang wakil dari syarikat itu mengesahkan perkhidmatan itu dalam kerja-kerja tetapi tidak akan dilancarkan pada Mac (yang jelas tidak dilakukan). Sekiranya YouTube Remix akan menggantikan Play Music, adakah itu bermaksud Red YouTube akan dikekalkan?
Pada pandangan saya, mungkin Google nak ikut music player seperti Joox dan Spotify. Seperti yang kita tahu, keluaran Google semuanya percuma. Adakah Youtube Remix akan diperkenalkan tanpa mengenakan sebarang kos kepada kita?