Dalam setiap telefon Android, memang siap ada Google Photos. Tapi pernahkah kita buka aplikasi ini? Pada pendapat saya, kebanyakkan manusia tidak akan buka Google Photos, tapi Gallery.
Tahukah anda bahawa Google Photos ini lagi hebat berbanding Gallery biasa dalam telefon awak tu? Kepada yang belum tahu, ha teruskan membaca.
Unlimited Cloud Storage, dan ia PERCUMA
Macam tak percayakan ? Cloud storage ataupun ruang storan di dalam awan (online) ditawarkan kepada semua orang dengan unlimited space dan percuma. Itulah Google.
Maka, anda boleh upload gambar anda dan video ke dalam cloud tanpa apa-apa bayaran dan ia unlimited. Bagi gambar 16 megapixel ke atas dan video 1080p, ia akan menggunakan ruang Google Drive anda.
Kelebihan upload gambar ke dalam cloud ialah gambar anda tidak akan hilang dan boleh akses gambar anda daripada telefon lain. Jika tak faham, Instagram merupakan satu contoh cloud yang menyimpan gambar anda.
Untuk upload gambar anda ke dalam cloud melalui Google Photos, anda perlu enable “Back up & sync” di dalam setting sahaja.
Maka, internet anda akan digunakan semasa upload gambar ke dalam cloud. Lebih baik jika anda menggunakan Wifi bagi proses ini.
Fungsi Bin
Seperti yang ada tahu di Windows iaitu Recycle Bin, ia bertujuan untuk mengumpulkan segala objek yang anda padam.
Begitu juga di Google Photos, ia menawarkan fungsi Bin bagi kepentingan anda sendiri. Maka anda tidak akan terpadam gambar secara sengaja.
Mudah sahaja, anda hanya perlu pilih gambar dan tekan “Move to the bin“.
Teknologi Auto-group
Jika anda pakai launcher seperti APUS dan sebagainya, pasti ada fungsi auto-group. Di mana ia mengasingkan kumpulan aplikasi mengikut fungsinya.
Bijak seperti Google, aplikasi Photos ini mampu mengasingkan gambar yang mempunyai wajah yang sama bagi kemudahan pencarian dan teratur.
Free up device storage
Jika gambar anda telah berada di dalam cloud, pasti ia tidak berguna lagi dalam telefon kita. Maka, anda boleh buang gambar yang telah di dalam cloud dengan satu klik.
Editing Pictures
Semestinya ya ! Google Photos dilengkapi dengan editing bagi kepuasan anda. Walaupun ia agak terhad, ia cukup bagi menyerlahkan sedikit warna gambar.
Apa kata anda tentang Google Photos? Berbaloi ke tak ?