(Sumber: Android Authority)
Pada hari ini, Google telah berjanji untuk menunjukkan telefon Android Go yang pertama di MWC 2018 pada minggu hadapan.
Apa itu MWC 2018 ?
MWC ialah Mobile World Congress. Pada tahun ini, ia akan berlangsung di Barcelona, Spain pada 26 Februari hingga 1 March 2018.
Menurut Wikipedia, ia merupakan pameran terbesar dunia bagi industri telefon dan persidangan yang memaparkan eksekutif terkenal yang mewakili pengendali mudah alih, pengeluar peranti, penyedia teknologi, vendor dan pemilik kandungan dari seluruh dunia.
Apa itu Android Go ?
Android Go merupakan edisi Android Oreo yang diperbaharui. Versi ini dioptimumkan untuk telefon pintar dengan 1GB RAM ke bawah.
Dengan jumlah penyimpanan dan pemprosesan yang lebih kecil, telefon ini lebih murah untuk pengeluar menghasilkan telefon jenis ini.
Justeru ia boleh dijual pada harga yang berpatutan dan mungkin kurang daripada $50 ataupun RM200. Wow, murah juga kan ?
Walaupun ia nampak murah, tetapi ia bukan seperti telefon yang berharga RM200 pada masa kini yang kerap lag.
Selepas pelancaran Android Go, telefon yang berharga RM200 akan lebih laju dan cekap hasil titik peluh Google yang menitik-beratkan telefon bajet untuk semua orang.
Versi Android ini lebih stabil untuk dipasang pada telefon yang mempunyai spesifikasi yang rendah.
Selain itu, telefon anda akan nampak lebih cantik dan bersih seperti dekorasi versi Android yang terkini.
Android Go pula lebih ringan daripada versi Android Oreo yang original. Sebagai bukti, Google telah mengeluarkan aplikasi versi Android Go.
Kedua-duanya nampak sama dengan versi original, tetapi saiz beratnya adalah separuh daripada asal. Wow, ini betul-betul ringan bukan!
Walaupun kita di Malaysia ini dalam zaman yang agak canggih serta ekonomi yang sederhana dimana semua rakyat dapat merasa kehidupan yang selesa.
Tidak pula di negara India, Pakistan dan negara seumpamanya, rata-rata penduduk mereka tidak dapat membeli telefon pintar.
Untuk pengetahuan anda, telefon Nokia 3310 yang dianggap kelakar, merupakan telefon yang terlaris di negara tersebut ekoran harganya yang jauh lebih murah.
Selepas pelancaran Android Go, lebih ramai yang mampu untuk merasa telefon pintar dan dapat mengakses internet.
Memang benarlah semakin canggih teknologi itu, semakin rendah kos yang diperlukan. Anda rasa artikel ini penting untuk rakan-rakan anda yang ingin menghadiahi anak-anak mereka sebuah telefon pintar pada harga yang rendah dalam setahun akan datang?
Tekan butang di bawah untuk share dekat kawan tentang artikel ini. Berikan pendapat anda di ruang komen.