Samsung Galaxy Fold yang patutnya dilancarkan pada hampir 2 bulan lalu masih mengalami masalah dan tergendala. Buat masa ini, tiada lagi penjualan Galaxy Fold tetapi ia mungkin akan dipasarkan pada Julai depan.
Manakala Sony sedang masuki perlumbaan peranti boleh lipat dan mereka bakal lancarkannya pada tahun hadapan.
Berkaitan isu Galaxy Fold, CEO Samsung, Koh mengumumkan bahawa peranti unik mereka akan tiba ‘tidak lama lagi’. Tanpa menyebut tarikh yang spesifik, mereka membuatkan peminat tertanya-tanya berkaitan pelancaran model itu yang sepatutnya dilancarkan pada 26 April lepas.
Sejak peranti Galaxy Fold dihantar ke pencuba untuk diuji, mereka dapati pelbagai masalah yang timbul. Termasuklah skrin pecah, skrin bertimbul dan kematian peranti secara tiba-tiba. Pihak Samsung kemudiannya melewatkan tarikh pelancaran bagi mengenal pasti masalah yang timbul.
Sejak itu, mereka masih belum mengumumkan tarikh pelancaran sehingga kini. Mungkin disebabkan peranti tersebut perlu diuji dengan lebih teliti sebelum dipasarkan.
Sungguhpun idea dan konsep boleh lipat ini hangat diperkatakan, Samsung sedang mengalami masalah manakala Huawei juga mempunyai konflik dengan Amerika Syarikat – ini menyebabkan peranti boleh lipat masih belum wujud di pasaran.
Manakala di Jepun, pihak Sony sedia mencabar untuk menghasilkan peranti boleh lipat dan berharap dapat dijual pada tahun 2020 – model ini dinamakan sebagai Xperia F, menurut sebuah laporan dari China.
Maka pada pendapat anda, siapakah yang bakal memenangi dalam perlumbaan peranti boleh lipat ? Adakah Samsung, Huawei dan Sony ?