Selamat pagi kepada yang baca semasa pagi, selamat petang kepada yang baca semasa petang, selamat malam kepada yang baca semasa malam. Mungkin ada rakyat Malaysia masih lagi yang belum kenal apa itu Telegram sedangkan Telegram ini lebih popular berbanding Whatsapp di negara Timur Tengah.
Bagi yang belum install Telegram, cepat-cepatlah install dan join channel Bijak Empire. Dekat situ adelah admin boleh bagitau anda yang artikel baharu telah siap. Bukan tu je, Telegram ini lebih best berbanding Whatsapp. Jika anda ada kawan yang kaki movie, mesti dorang ada Telegram. Jom kita tengok mengapa telegram lagi best.
Fungsi Telegram yang Tiada Pada WhatsApp
- Telegram Channel
Apa itu channel dalam telegram? Channel ini macam FB page la, hanya admin ja boleh post. Contohnya Channel Movie, admin channel tersebut akan upload movie banyak-banyak untuk anda. Channel ni lebih best dari FB Page kerana lebih bersih, simple dan laju. Nak download dari telegram pun senang, satu klik je. Takdepun nak tekan iklan. Jadi, ciri channel ini amat disukai ramai orang kerana sangat ringkas dan padat.
- Supergroup
Kalau group biasa whatsapp hanya limit 256 orang, sama juga group telegram ada limit sebegitu. Namun kalau anda upgrade kepada supergroup, limit member sehingga 5 ribu orang. Jadi, supergroup pada Telegram amat berguna untuk sebuah komuniti kecil, seperti sifu nak jaga para pelanggan atau anak-anak murid yang berjumlah ribu-riban.
- Forward File
Fungsi ni yang paling special, kalau di whatsapp; anda kena download file dahulu baru boleh forward dekat orang. Manakala di telegram, anda boleh forward file banyak-banyak tanpa guna kuota langsung. Jadi, forward file di Telegram amat mudah berbanding di whatsapp kerana mesra internet dan kuota.
- Sticker
Seperti WeChat, Telegram juga ada sticker. Whatsapp dulu tak ada, tetapi sekarang ada. Cuma bila menggunakan Sticker di Telegram, ia lebih mudah untuk disimpan dan penuh sekali pakej.
- Bot
Telegram hebat dengan ciri ini, di mana ada bot yang sangat berguna. Mesti korang tak pernah tau kan apa itu bot? bot ialah singkatan robot dimana ia akan buat kerja yang diarahkan. Contoh youtube bot, ada hanya perlu send link kepada bot itu untuk download video tersebut.
Itulah sebab mengapa ramai yang lebih suka menggunakan Telegram.
Di Telegram, beribu-ribu bot tersedia untuk digunakan. Jadi, macam-macam fungsi automatik yang anda dapat gunakan. 5 contoh bot terkenal di platform Telegram.
- Storebot – Untuk mencari mana-mana bot yang anda ingin
- DeLoreanbot – Reminder bot
- Moonkeybot – Dapatkan notifikasi kriptowang
- Wiki – WikiPedia tanpa buka website, jimat kuota dan cepat
- Trello Bot – Uruskan projek kerja anda
Itu senarai sedikit sahaja, jika ingin mencari bot lain yang mempunyai fungsi tersendiri, boleh cari mereka melalui Storebot. Senang cerita, Storebot ini macam Google atau kamus bagi dunia bot telegram.
Sekarang, jom kita ulas mengenai kelebihan Telegram. Jika kita ni kaki movie, kaki game, kaki download wajib install Telegram. Walaupun penuh dengan konten sensitif ataupun melanggar hak cipta, tapi kita teruskan sahaja.
Kelebihan menggunakan Telegram jika anda kaki download
- File yang diupload adalah percuma
Nak upload percuma, nak download pun juga percuma. Tanpa batasan had laju dan tanpa iklan. Jadi, benar-benar percuma dan bagus untuk dunia fail digital.
- Tanpa iklan
Tanpa iklan yang merimaskan seperti popup atau fake button. Kalau nak download melalui website, mesti ada iklan yang sangat merimaskan dan sukar untuk download. Kalau di telegram, jika anda tekan button download, maka anda benar-benar download file tersebut semudah ABC.
- Jimat kuota
Kalau buka website untuk download fle, kuota anda akan digunakan untuk load website dahulu sebelum anda download file yang dikehendaki. Dengan menggunakan telegram anda boleh jimat masa dan kuota untuk download file.
- Pelbagai jenis file
Jika anda nak download movie, join channel movie. Nak download game, join channel game. Nak download lagu, join channel lagu. Mudah dan ringkas.
Tapi, masih ada kekurangan kalau anda ingin download file berat-berat dari telegram.
Kekurangan Telegram Semasa Download
- Ada speed limit
Jika internet kita laju, kalau ada speed limit masih mengambil masa yang lama untuk siap download.
- File boleh rosak semasa download
Telegram ini aplikasi sosial, bukan aplikasi downloader. Maka ia tidak cekap nak mengendalikan file download. Jika anda tertutup internet, file anda akan rosak begitu sahaja dan hilang sekelip mata. Kesannya, anda perlu download semula dari awal.
- Tiada anggaran masa untuk download siap
Tapi jangan risau, saya nak ajar trik yang kita boleh atasi masalah tersebut.
Trik download dari Telegram dengan lebih laju, stabil dan lancar !
Dengan menggunakan trik ini, kita boleh cari link download file tersebut dan download dengan menggunakan aplikasi khas. Justeru dengan itu, kita memerlukan aplikasi berikut;
- Telegram
Kalau nak download dari telegram, pertama sekali anda perlu memasangkan aplikasi Telegram pada peranti pintar anda.
- ADM (Android) atau IDM (Windows)
Kedua-dua aplikasi ini merupakan Download manager. Memang wajib pun pakai aplikasi sebegini, supaya proses download lebih laju, stabil dan dapat elakkan file rosak.
1. Install ADM (Dalam tutorial kali ini, saya pakai ADM bagi Android)
2. Buka Telegram dan cari file yang dikehendaki.
Untuk tutorial kalini, saya pilih CCleaner untuk download.
3. Sekarang pula, tekan @Direct Link Generator dan Start.
4. Forward (dalam bulatan merah) file yang dikehendaki kepada bot itu.
5. Selepas itu, bot akan terima file dan reply seperti gambar dibawah;
6. Boleh pilih ‘Instant Download’ ataupun ‘Generate Resumable Link’. Tak tau nak pilih yang mana? Kejap lagi saya terangkan. Dalam contoh ni, saya guna ‘instant download’.
7. Tekan ‘Open’ untuk buka link melalui ADM Browser dan tekan button ‘Instant download’
8. Selepas tekan button tersebut, buka ia melalui ADM Editor.
9. Menurut owner bot, ada sesetengah negara seperti kita di Malaysia akan dapat ‘SSL Error’… Maka anda haruslah edit link tersebut dari ‘https’ kepada ‘http’ seperti screenshot di bawah.
10. Biarkan beberapa saat untuk loading, lalu tekan ‘start’ untuk mula download.
Perbezaan ‘Instant Download’ dengan ‘Resumable Link’
-
Instant download
-
Resumable link
Sedikit informasi tentang GetPublicLinkBot
- Bot ini boleh menukarkan mana-mana file telegram kepada link url.
- Kita boleh download file sehingga 1.5GB
- Link yang terhasil hanya hidup untuk 24 jam sahaja, kalau expired maka hantar file semula.
- Boleh save ke Google Drive.
- Jika ada error, anda boleh rujuk perkara yang berikut;
>502 and 504 ERROR
This means the server is over capacity for now.. you may use save to drive option to get the file.
>server issues. Try save to drive option.
This means the Resumable links server is down for now, and will be up at 00:00 PST or 12:30 PM IST ..
Instead of Resumable links, You can use the save to G Drive Option, and save the file to your Google Drive and download at any time you want
>SSL Error in ADM
In some countries, ADM shows this error, to fix this issue, Change the https to http in the download Link.
>IDM/ADM 403 Forbidden or Access Denied Error
This means the Resumable links server is down for now, and will be up at 00:00 PST or 12:30 PM IST ..
You can use the save to G Drive Option, and save the file to your Google Drive and download at any time you want at high speed!
>504 Gateway Time Out in Instant Links
Instant Link servers are busy, try after sometime, or generate resume able links.