Isu antara Amerika Syarikat dan Huawei turut memberi kesan terhadap pelanggan dan penjual peranti. Walaupun pihak Google dan Huawei telah mengesahkan bahawa peranti sedia ada masih boleh menggunakan aplikasi dari Google seperti biasa, ia masih menimbulkan kerisauan kepada pembeli.
Penjual telefon pintar tempatan, DirectD tampil dengan kenyataan bahawa mereka akan memulangkan wang jika peranti Huawei hilang akses terhadap aplikasi Google dan Play Store. Antara aplikasi terkenal dari Google adalah Youtube, Google Maps, Gmail dan Chrome. Malah, aplikasi terkenal seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp juga dilindungi daripada pihak mereka jika apa-apa berlaku.
Usaha ini mampu meningkatkan kembali keyakinan pembeli terhadap produk Huawei sedia ada. Jaminan ini hanya tertakluk bagi pembelian melalui pihak DirectD sahaja dan dalam tempoh waranti peranti.