Nampaknya, Digi dan Celcom bakal bergabung pada masa akan datang. Ia kelihatan rasmi setelah Axiata Group Sdn Bhd dan Telenor ASA mengumumkan bahawa mereka akan bergabung untuk menawarkan perkhidmatan terbaik di rantau Asia.
Persetujuan tersebut antara syarikat telekomunikasi ‘otai’ Malaysia iaitu Digi dan Celcom bakal membawakan sesuatu yang baharu. Bukan sahaja di Malaysia, Axiata Group dan Telenor ASA juga menfokuskan kerjasama di seluruh asia yang melibatkan lebih 300 juta pengguna.
Dengan kawasan liputan yang lebih luas, gabungan dua syarikat telekomunikasi itu mampu menawarkan pelan baharu dengan harga yang berpatutan, justeru boleh menarik lebih ramai pelanggan.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih di peringkat awal. Persetujuan antara kedua-dua pihak pasti mengambil tempoh masa yang panjang untuk merealisasikan objektif mereka.
Proses peralihan, penjenamaan dan perstrukturan bakal dijalankan peringkat demi peringkat sebelum diumumkan kepada umum. Adakah mereka bakal membentuk syarikat telekomunikasi yang baharu di Malaysia? Sama-sama kita nantikan…