Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Cip Pemprosesan Kirin dan Huawei Bakal Berpisah ?

An-Naim Jamhari, May 23, 2019

Kebanyakkan peranti dari Huawei sememangnya menggunakan cip pemprosesan Kirin dari ARM. Dengan penyekatan perdagangan antara syarikat di Amerika Syarikat dan Huawei, cip pemprosesan Kirin mempunyai sedikit isu dengan peraturan terbaru tersebut.

Sememangnya, ARM hanya berpangkalan di United Kingdom dan dimiliki oleh Japanese Softbank Group. Namun, mereka masih mempunyai isu.

Hal ini kerana pihak ARM mempunyai hubung kait dengan syarikat di Amerika Syarikat. Teknologi reka bentuk cip pemprosesan Kirin dibangunkan di San Jose, California dan Austin, Texas.

Sehubungan dengan itu, pihak ARM masih risau kerana sekatan terbaru itu mungkin boleh menjejaskan perjanjian ARM dengan Huawei.

Huawei bergatung kepada ARM dalam penghasilan dan reka bentuk cip pemprosesan Kirin dengan membayar lesen. Tanpa lesen tersebut, Huawei tidak boleh menggunakan reka bentuk cip pemprosesan dan semikondukter HiSilicon.

ARM sedang berbincang dengan kerajaan dan berharap agensi kerajaan pertimbangkan isu terbabit. Mereka sedang berjaga-jaga kerana keputusan ini masih tidak jelas.

Pada topik yang lain, Huawei juga menghadapi masalah setelah sekatan dilaksanakan. Syarikat dari Amerika Syarikat seperti Micron, Skyworks, and Qorvo yang membekalkan komponen storan dan rangkaian juga terpaksa menarik diri.

Walaupun tanpa syarikat di atas, Huawei pasti menghadapi masalah yang dahsyat jika ARM terpaksa menarik lesen untuk penghasilan cip pemprosesan Kirin.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes