Hai semua, sekian lama tak berjumpa, kini bertemu kembali yeah. Menukar font anda mungkin boleh menjadikannya lebih menarik, atau anda mungkin memerlukan cara yang mudah untuk membuat telefon anda sedikit berbeza dan menyegarkan. Tak kesahlah apa jua alasan anda, menukar font untuk peranti Android tidak begitu sukar seperti anda dengar sebelum ini. Begini cara melakukannya melalui setting ataupun third-party apps.
Modify Telefon Pintar Android Anda
Kebanyakan telefon pada hari ini dapat membolehkan anda membuat beberapa perubahan pada tetapan font dan penampilan tanpa perlu memasang aplikasi pihak ketiga, walaupun pelbagai tawaran yang ditawarkan mungkin tidak banyak seperti aplikasi font dari pihak tersebut. Langkah untuk anda mengakses tetapan font ini juga boleh berubah akibat operating system setiap model dan jenama adalah berbeza, tetapi secara amnya, anda perlu menuju ke Settings > Display > Font untuk mengakses pengubah gaya font untuk telefon pintar Android.
Pada telefon Samsung, yang sedang diuji dalam artikel ini, anda juga boleh menuju ke menu Settings > Accessibility jika anda ingin mengubah contrast atau saiz fon telefon. Telefon bimbit Samsung datang dengan beberapa pilihan alternatif yang disiap-pasang dan bersedia untuk digunakan, tetapi font tambahan yang lain untuk peranti anda boleh dimuat turun melalui menu tetapan di bahagian Font .
Menekan butang ‘Download fonts’ dalam Samsung app store dan terdapat pelbagai font yang anda boleh muat turun. Sesetengahnya adalah percuma, manakala yang lain mestilah memerlukan pembayaran.
Sekiranya anda menggunakan telefon selain dari jenama Samsung, telefon anda mungkin mempunyai pilihan yang sama dalam menu tetapan, tetapi mungkin tidak mempunyai aplikasi khas untuk penukaran font. Jangan takut, menukar font untuk peranti Android anda masih agak mudah untuk dilaksanakan.
Pengubah gaya font terbaik untuk Android
Jika anda mencari di Google Play untuk aplikasi font, anda akan mendapat banyak pilihan – dan ia menunjukkan bahawa sesetengah daripada mereka memerlukan akses root untuk pilihan tertentu untuk berfungsi, sedangkan yang lain tidak perlukannya pun. Ia akan mengambil sedikit try-n-error untuk melihat apa yang paling sesuai bagi keadaan anda.
1. FontFix
FontFix adalah jawapan yang hebat untuk masalah ini, tetapi tidak jika anda menggunakan telefon Samsung. Samsung menyekat kebolehan itu pada kebanyakkan telefon bimbitnya. Telefon selain dari Samsung yang tidak terkunci dengan aplikasi FontFix tidak akan menjadi masalah buat anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih font yang anda mahu dan klik butang Install , di mana ia perlu dimuat turun dan diaktifkan pada peranti anda. Font tambahan untuk Android dimuatkan terus ke dalam aplikasinya dan bukannya dikemas kini melalui Play Store, jadi anda perlu membenarkan pemasangan dari unknown-source juga. Maka jika anda ingin update font anda, tak perlu update aplikasi ini, cuma refresh list di dalam aplikasi FontFix.
Dengan mudah, anda boleh mencari senarai semua font yang telah anda muat turun dari masa ke masa dan mengetahui setiap maklumat sebelum memuat turunnya, termasuk; mengetahui jumlah ruang yang akan mereka perlukan pada telefon anda, yang berguna jika anda merancang untuk penjimatan ruang storan.
2. iFont
iFont adalah satu lagi aplikasi yang sangat bagus untuk mengubah font sistem anda, tetapi ia adalah satu lagi perkara yang anda perlu struggle untuk menggunakkannya jika anda mempunyai telefon Samsung. Untuk bersikap adil kepada iFont, mereka berusaha sedikit untuk menyediakan penyelesaian untuk telefon bimbit (seperti Samsung) yang menghalang pemasangan font percuma alternatif, tetapi dalam ujian oleh Android Pit, ia tidak berfungsi pada Edge S7.
Dalam menu tetapan, anda boleh memilih pengeluar telefon bimbit anda, yang akan mempunyai pilihan untuk mencuba dan membantu anda menyelesaikan masalah tanpa memerlukan akses root.
Salah satu kelebihan utama iFont adalah mereka mempunyai aplikasi font yang lain juga, selain pemilihan bentuk tulisan yang luas, anda boleh memilih font berdasarkan bahasa dari beberapa pilihan yang ditawarkan, termasuk bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, Rusia dan banyak lagi.
Jika anda mencari font khusus seperti gaya tulisan tangan dan iFont tidak mempunyai apa yang anda mahu, terdapat banyak aplikasi di Google Play Store yang anda boleh cuba. Jika anda telah cuba kesemuanya sekali dan masih gagal, anda masih boleh melakukannya jika mempunyai akses root. Anda boleh lihat artikel kami sebelum ini iaitu Langkah-Langkah Rooting Telefon Android & kenapa anda perlu root.