Movie adalah video filem yang profesional untuk hiburan manusia. Filem ini selalunya hadir dengan sarikata jika kita tonton di pawagam. Namun, filem yang dimuat-turun tidak mempunyai sebarang sarikata tersedia. (Kecuali bagi filem muat turun jenis hard-code, di mana sarikata akan terpampang pada video dengan kekal.)
Filem yang dimuat-turun akan hadir dalam pelbagai format video seperti MP4, MKV, AVI dan sebagainya. Manakala, sarikata juga mempunyai pelbagai format iaitu SRT, SUB, SSA dan lain-lain. Dengan bantuan aplikasi pemain-video, kita boleh memainkan filem bersama sarikata pilihan.
Kaedah ini boleh digunakan pada sistem operasi Android dan Windows. Cuma perbezaan ia kita akan menggunakan MX Player pada Android atau VLC pada Windows.
Kelebihan pada Android adalah ia mempunyai aplikasi MX Player – di mana ia boleh memuat turun sarikata secara automatik dari OpenSubstitles.org.
Cara Mudah Menonton Filem Dengan Sari Kata
1) Pertama sekali, anda perlu memuat turun filem sepenuhnya untuk menonton secara offline ATAU dapatkan URL filem untuk menstrim video secara online
2) Memuat turun sarikata yang berkaitan dengan filem. Anda boleh dapatkan terus dari laman-laman berikut:
3) Memuat turun aplikasi berikut:
- Android: MX Player
- Windows: VLC media player
4) Buka aplikasi tersebut selepas dimuat turun
5) Pilih mana-mana filem dan mainkan ia
6) Memasukkan sarikata pada video dengan cara berikut:
i. MX Player (Sarikata Automatik): Ketik tombol pilihan (3 titik bertindih), Online Subtitles, Search dan ketik OK atau masukkan nama filem. (Lihat penjelasan: Quora)
ii. MX Player (Sarikata Manual): Ketik tombol pilihan (3 titik bertindih) dan Open, seterusnya pilih sarikata yang telah dimuat turun.
iii. VLC Player: Pada tab Video, ketik pada Substitles Track dan Open File. Pilih sarikata yang telah dimuat turun.
Tips jika ingin menonton filem bersama sarikata
- Download sarikata yang serasi dengan filem
Maksud disini adalah:
i. Movie dan subtitle adalah cerita yang sama
i. Jenis filem yang dimuat turun seperti (WEB-DL / BRrip / HDrip)
Contoh kalau movie BRrip , maka cari subtitle yang BRrip juga (supaya percakapan pelakon serasi dengan ayat sarikata)
- Tahu folder di mana fail dimuat turun
Jikalau nak tengok movie dan nak cari subtitle, mesti lah tahu ia berada di mana. Kalau menggunakan browser seperti Chrome, ia biasanya ada pada internal storage>download. Lain aplikasi – lain foldernya.
- Kadang-kala semasa memuat turun fail, ia dalam bentuk compressed iaitu rar atau zip, etc. Jangan lupa untuk extract terlebih dahulu.