Adakah anda selesa jika mendapati komputer anda dipenuhi dengan habuk? Sudah tentu kita tidak suka terdapat habuk walaupun sedikit yang menghalang skrin apa. Kebiasaannya kita akan lap gunakan tangan, kesannya cap jari kita akan melekat pada skrin komputer anda. Malah lebih membimbangkan jika anda mampu melukis pada skrin anda, itu sudah berada pada tahap kritikal. Jadi kami ingin mencadangkan beberapa cara yang mudah untuk anda membersihkan habuk dari komputer anda. Selepas baca kaedah yang ditunjukkan kami, anda boleh membersihkan komputer riba anda secara mudah dan profesional. Kanak-kanak pun boleh buat (kami tak galakkan).
- Bersihkan habuk menggunakan kain mikrofiber
Selalunya apabila kita baru membeli komputer riba, akan ada free gift dari kedai berbentuk kit membersihkan komputer yang disertakan kain mikrofiber. Jangan guna untuk tujuan lain pula. Gunakan ia untuk membersihkan komputer anda sahaja. Kalau anda tiada, jangan gunakan kertas kasar ataupun kertas tisu. Ia akan membersihkan habuk tetapi akan menambah habuk baru. Sia-sia. Jadi gunakanlah kain mikrofiber untuk membersihkan skrin komputer riba anda.
2. Jangan gunakan bahan kimia keras
Bila dikatakan ingin bersihkan habuk, jangan gunakan alat mencuci sembarangan. Namun kebiasaannya anda disediakan cecair untuk membersihkan skrin anda. Bahan kimia keras seperti alkohol apabila terjatuh ke dalam keyboard anda akan menyebabkan kerosakan yang agak serius. Bukan itu sahaja, huruf pada keyboard anda juga akan menjadi kabur. Jadi anda boleh dapatkan kit membersih komputer riba di kedai komputer berhampiran. Murah je.
3. Gunakan pengering rambut
Habuk dalam keyboard boleh ditiup menggunakan pengering rambut biasa. Jangan dihalakan terlalu dekat pada keyboard anda. Tetapi sekarang sudah terdapat vakum mini untuk membersihkan komputer yang dijual dikedai berhampiran. Bukan itu sahaja, terdapat debu yang terkumpul di tempat yang sukar dijangkau. Anda boleh menggunakan syringe bulb untuk membersihkannya.
4. Gunakan baby wipes
Sebelum anda membersihkan habuk menggunakan baby wipes, kami sarankan anda untuk menggoncangkan keyboard anda atau komputer riba anda. Jika keyboard, anda boleh terbalikkan dan goncangkannya dengan hati-hati untuk mengeluarkan habuk yang melekat. Jika komputer riba, buka skrin komputer riba anda. Jangan biarkan ianya tertutup. Baru sahaja lepas bersihkan. Goncangankan dengan berhati-hati. Kemudian anda boleh lapnya dengan menggunakan baby wipes5. Pemadam
Anda perasan pada huruf keyboard anda terdapat kotoran yang sukar hilang, anda boleh menghilangkannya dengan menggunakan pemadam pensel. Seeloknya padam dahulu kotoran tersebut kerana keyboard anda akan berhabuk semula. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan pencungkil gigi jika terdapat habuk yang sukar untuk keluar dari dalam keyboard anda.
Jadi mudah bukan untuk bersihkan komputer anda. Melalui cara ini komputer anda akan berada pada performance yang kondusif untuk digunakan. Sebagai bonus. Sekarang juga terdapat gel yang digunakan untuk membersihkan habuk pada keyboard anda. Ia akan melekat pada keyboard anda dan kemudian menarik habuk di dalam keyboard anda.Selamat membersihkan komputer!