Kalian mesti suka bergambar ataupun kawan kalian menggunakan telefon anda sebagai alat menangkap gambar. Pernahkah anda semua risau bahawa storan anda makin sempit akibat semua gambar-gambar ini yang anda sangat berat hati nak buang, sama ada gambar rakan mahupun gambar keluarga sendiri. Jangan risau! Aplikasi Google Photos kan ada!
Aplikasi ini berfungsi sebagai aplikasi pemameran gambar-gambar serta video-video yang anda telah tangkap dan rakam. Bukan itu sahaja, Google Photos juga berfungsi sebagai aplikasi perkongsian citra dan juga sebuah aplikasi pengurusan citra. (Citra bermaksud perihal gambar dan video)
Maka, sebelum kita ingin menyimpan gambar dengan menggunakan aplikasi ini, kita haruslah melakukan beberapa persediaan dahulu, yakni membuka akaun Google terdahulu (jika anda tidak mempunyai akaun lagi). Hatta, kita akan dapat menyimpan gambar secara cloud storage (Cloud storage atau istilah Melayu kasarnya, “storan awan” ialah sebuah medium penyimpanan data secara dalam talian).
Langkah-langkah :
Persediaan Aplikasi
Jika anda membuka aplikasi Google Photos buat kali pertama, berikut adalah proses awal persediaan aplikasi ini.
1. Buka Google Photos.
2. Log masuk akaun Google anda.
3. Pilih tetapan Desired quality (Kualiti Pilihan) anda.
4. Tunggu untuk gambar anda untuk disync (disegerakkan).
Bagaimana nak pilih device folders (fail peranti)
Selepas anda melog masuk akaun Google anda, anda haruslah pilih fail-fail anda untuk disynckan (disegerakkan) ke dalam cloud storage (storan awam). Jika anda tidak mengikuti langkah ini, kemungkinan besar majoriti citra anda tidak akan disimpan.
1. Buka Google Photos.
2. Tekan Ikon Tiga Jalur (berada di hujung atas kiri skrin)
3. Tekan ikon gandar (Ikon bentuk gear) untuk membuka tatapan anda.
4. Tekan Back Up and Sync.
5. Tekan Back up device folders.
6. Togol fail yang anda ingin simpan.
Bagaimana nak tukar kualiti gambar
Akhir sekali, aplikasi ini menyediakan dua cara penyimpanan gambar iaitu kualiti tinggi dan kualiti asal. Untuk menyimpan gambar tanpa had, kita haruslah pilih kualiti tinggi. Apa perbezaan kualiti tinggi dan kualiti asal? Kualiti tinggi akan mengurangkan saiz gambar tetapi mengekalkan kualitinya, manakala kualiti asal pula mengekalkan saiznya dan kualitinya. Beza yang ketara ialah saiz gambar, jika anda pilih kualiti asal, semua gambar akan disimpan secara had sehingga memenuhi kuota Google Drive anda.
1. Buka Google Photos.
2. Tekan Ikon Tiga Jalur. (berada di hujung atas kiri skrin)
3. Tekan ikon gandar (ikon berbentuk gear) untuk buka tetapan anda.
4. Tekan Back up and sync.
5. Tekan Upload Size. (Saiz Muat Naik)
6. Tekan kualiti gambar yang anda mahukan.
Akhirulkalam, anda sekarang boleh menggunakan aplikasi ini seperti seorang professional dengan mengikuti tatacara-tatacara yang telah disediakan. Maka, anda boleh menyimpan banyak gambar secara cloud storage (storan awan) serta dapat membuang gambar di dalam telefon anda dengan senang hati.