Telefon baru adalah sesuatu yang mengagumkan, tetapi dari masa ke masa telefon baru anda yang berkilat tu akan menjadi lembap. Beralih antara aplikasi menjadi pengalaman yang mengecewakan dan bateri anda tidak akan membawa anda mengharungi sehari tanpa cas.
Sekiranya ini terdengar seperti biasa kepada anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengawal semula peranti anda dan memperbaiki keadaan, dan salah satu perkara yang paling mudah dilakukan adalah mengawal aplikasi anda yang berjalan di latar belakang.
Mengawal Proses di Background
Cara terbaik untuk mengawal proses anda ialah dengan menggunakan alat pemantauan yang dibina di dalam Android. Bagaimana skrin proses ini kelihatan, bagaimana cara anda mengaksesnya dan apa yang dipanggilnya, semestinya berbeza-beza bergantung pada syarikat mana yang membuat peranti telefon dan versi Android yang anda gunakan.
Dalam beberapa kes, sebelum anda boleh mula, anda perlu enable developer options.
- Dalam kebanyakan versi Android, ini melibatkan pergi ke Settings > About phone dan kemudian tekan Build number sebanyak tujuh kali, mungkin lebih sedikit. Anda akan mendapat pemberitahuan bahawa Developer options telah dihidupkan setelah selesai dan anda boleh berhenti tekannnya.
- Bagi kebanyakan telefon bimbit, perkara seterusnya yang perlu anda cari adalah penetapan yang dipanggil Processes, Process Stats, atau Running services. Anda boleh mencari ini di Settings > Developer Options > Processes or Settings > Developer options > Running services. Pilihan itu akan membawa anda ke senarai proses yang berjalan yang menunjukkan berapa banyak RAM yang digunakan.
- Jelas sekali, ia akan menggoda anda untuk menghentikan aplikasi yang paling banyak menggunakan RAM daripada berjalan di background, tetapi anda perlu memberi perhatian kepada aplikasi apa yang anda ingin berhentikan. Menghentikan beberapa aplikasi mungkin boleh merosakkan telefon anda jika anda tidak tahu apa-apa.
Sesetengah telefon, seperti Meizu M3 Max , tidak akan membolehkan anda mengakses developer options dengan menekan build number dan mempunyai kaedah khusus mereka sendiri. Perkara terbaik yang perlu dilakukan dalam kes itu adalah Google model telefon anda dan perkataan ‘ membuka kunci pilihan pembangun ‘.
Kalau anda lihat gambar di bawah, anda boleh tengok penggunaan RAM-nya. Tapi itu sistem punya, jangan usik sistem punya !
Saya nak buat, tapi tak tahu aplikasi yang mana patut diberhentikan.
Baiklah. Sekiranya anda tidak mahu aplikasi atau telefon anda crash, berhati-hati dan berfikir dulu. Aplikasi yang ditandakan ‘ Google Play Services‘, atau hampir mana-mana aplikasi yang bermula dengan ‘Google’ tidak seharusnya dihentikan secara manual .
Di sisi lain, jika anda melihat senarai dan melihat aplikasi lain seperti music player yang menggunakan bateri anda di background, maka anda boleh meneruskan dan menghentikannya dengan selamat. Aplikasi benar-benar penting biasanya tidak akan membenarkan anda untuk memaksa menghentikannya pula.
- Untuk menghentikan aplikasi secara manual melalui senarai proses, pergi ke Settings > Developer Options > Processes (atau Running Services) dan klik butang Stop.
- Untuk Force Stop atau Uninstall aplikasi secara manual: melalui senarai Aplikasi , pergi ke Settings > Applications > Application manager dan pilih aplikasi yang anda mahu ubah suai. Jangan padamkan apa-apa aplikasi yang muncul apabila anda memilih pilihan Show System Apps .
Lebih bagus jika anda uninstall aplikasi yang anda tak gunakan, sebab mereka ni yang mempergunakan anda; menggunakan RAM dan menggunakan bateri. Maka, perlahan lah telefon anda nanti. Jom baca Cara Lajukan Telefon Android Anda.
Task Killer dan Optimize RAM
Dengan Android (sebagai OS) dan perkakasan OEM bertambah baik dari masa ke masa, sesetengah orang berpendapat bahawa penggunaan aplikasi task killer akan menyebabkan lebih banyak mudarat dari segi pemprosesan dan hayat bateri.
Task Killer yang berkali-kali memaksa menutup aplikasi di latar belakang yang berulang-ulang sudah tentu akan mengalirkan bateri anda lebih banyak kerana ia meneruskan proses ‘memulakan semula dan kill. Maka, anda tidak perlu gunakan Task killer setiap masa, ia mungkin berguna bagi memberhentikan aplikasi yang tidak respon (lag).
Manakala Optimize RAM ni pula kadang-kadang bagus, kadang-kadang tak. Ia bagus sebab boleh ‘clear-kan’ RAM, tetapi ia menutup aplikasi yang sedang beroperasi. Cara penggunaan yang tepat bagi optimize RAM ialah semasa anda tak mahu menggunakan telefon seperti cas atau letak tepi semasa menonton televisyen. Selain itu, gunakanlah optimize RAM sebelum bermain permainan video bagi menyediakan RAM yang cukup.
Kesimpulannya, jangan gunakan task killer dan optimize RAM pada waktu yang betul. Tapi, jom kitga tengok aplikasi yang hebat ini iaitu Greenify. Jika anda mempunyai akses root ataupun tidak ada, ia masih berguna kepada anda semua. Tugasnya adalah hibernate aplikasi di background yang lebih selamat. Maksudnya ia boleh ‘menidurkan’ aplikasi yang sedang beroperasi dan bukannya membunuh.
Bagi yang anda akses root, anda boleh gunakan kelebihan aplikasi ini dengan sepenuhnya seperti automatik-hibernate. Bagi yang tidak ada akses root, anda masih boleh gunakan Greenify untuk telefon pintar Android anda.
Adakah anda setuju dengan pendapat kami? Tidak setuju? Berikan komen anda di bawah.