Ini merupakan satu kaedah yang mudah untuk mengetahui panggilan tanpa nama yang tidak diketahui ataupun unknown missed call. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu diganggu oleh nombor yang asing. Di sini saya akan menjelaskan secara lengkap akan langkah-langkah untuk mengetahui siapa yang call anda dan dari mana lokasinya. Adakah itu panggilan dari syarikat atau hanya gangguan spam yang tidak diingini.
Kaedah: Menggunakan True Caller
True Caller adalah syarikat milik Sweden yang mempunyai pengguna 85 juta di seluruh dunia yang mengambil manfaat daripada aplikasi android ini. Ia berfungsi dengan pangkalan data berjuta-juta nombor yang telah dikenalpasti sebelum ini. Sebaik sahaja anda mengenali mereka, aplikasi itu juga membolehkan mereka disekat. Program ini juga meneliti mengenai maklumat internet yang berkaitan dengan pemanggil. Saya akan memperjelaskan langkah-langkah bagaimana menggunakan True Caller pada komputer dan mendapatkan maklumat yang mencukupi seperti nama pemilik nombor telefon yang tidak dikenali itu.
Tetapi sebelum saya meneruskan, saya ingin anda tahu satu perkara sebab saya telah memilih True Caller kerana terdapat banyak laman web lain yang terdapat di web dan aplikasi untuk mengesan nombor mudah alih. Tetapi kebanyakan mereka ialah palsu dan hanya memberitahu anda pengendali rangkaian sahaja. Truecaller ialah satu-satunya yang digunakan untuk memberikan maklumat yang betul berdasarkan identiti sebenar, dan ia juga menyatakan nama pemanggil. Alasan di sebalik kejayaan Truecaller adalah kerana aplikasi Androidnya. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menjejaki lokasi nombor asing dengan bantuan True Caller.
- Pengguna PC
1. Pertama sekali pergi ke laman web rasmi Truecaller dengan PC.
2. Pilih negara anda dari drop down list jika anda dari Malaysia maka pilihan auto akan menjadi Malaysia (+60), kemudian masukkan nombor telefon yang anda ingin cari dan kemudian klik carian.
3. Sekarang popupakan muncul dan akan meminta anda untuk mendaftar dengan True Caller untuk mengetahui butiran nombor mudah alih yang dicari anda. Jika anda mempunyai akaun Gmail atau Microsoft maka anda boleh link kan dengan Truecaller, anda juga boleh link dengan Truecaller jika anda mempunyai akaun facebook, hanya pilih rangkaian anda dan mendaftar.
Sebagai contoh, saya mendaftar menggunakan akaun Google.
4. Selepas pendaftaran selesai dengan jayanya, anda akan diberikan butiran lengkap nombor carian anda. Dan maklumat itu benar dan 90% tepat. Contoh di bawah saya search nombor saya sendiri dan terbukti keluar nama saya.
Jadi itu sahaja langkah mudahnya, anda hanya memerlukan akaun True Caller untuk mengesan lokasi semasa nombor mudah alih dalam talian, jadi tidak ada lagi nombor yang tidak diketahui yang mengganggu anda. Aplikasi ini juga boleh digunakan di Iphone.
- Pengguna Android
1. Pergi ke sini untuk download aplikasi True Caller dan tekan install.
2. Setelah siap install, buka aplikasi.
3. Masukkan nombor telefon anda, dan lengkapkan pendaftaran.
4. Kemudian setelah selesai, allow kan semua yang muncul dan tekan OK.
5. Akan muncul seperti seolah-olah log call dan disitu anda boleh search unknown missed call yang pernah menghubungi anda kemudian ia akan automatik berubah nama contactnya walau anda tak save pun.
6. Tambahan, nombor yang tidak dikenali itu juga tertera nama berdasarkan report orang ramai contohnya scammer atau sebagainya. Contoh nombor yang tidak dikenali yang telah direport:
No scammer ini ditutup takut korang buat pembulian siber hehe
Sekian itu sahaja penulisan kali ini, jadi tiada lagi gangguan telefon atau takut hendak angkat call yang tidak dikenali!
Kongsikan kepada yang tersayang.