Dark mode adalah suatu pilihan yang tersedia buat pengguna Android terkini. Tahun 2019 merupakan tahun ‘dark mode’, setelah aplikasi terkenal seperti Twitter, YouTube dan Google, kini aplikasi Instagram terbaru ini mengintegrasikan dark mode dengan iOS 13, Android 10 dan sesetengah peranti Android Pie.
Langkah untuk mengaktifkan Dark Mode Pada Instagram
Prosedurnya adalah mudah, dan cukup mudah. Hanya ikut langkah-langkah berikut:
Android 10
- Pergi ke Settings > Display > Dark Mode
- Buka Instagram macam biasa, kerana Instagram secara automatik akan mengintegrasikan dengan tetapan Android
Android 9.0 Pie
Sebelum memulakan , anda perlu pastikan bahawa Instagram anda merupakan versi yang terkini iaitu v114.0.0.0.38.120. Sila ikut prosedur berikut:
- Pergi ke Instagram > Klik pada ikon Profile di bawah kanan
- Klik pada Settings
- Pergi ke bahagian ‘Theme‘
- Pilih ‘Dark’ dan anda sudah siap !
Instagram’s Dark Mode will be available for all Android versions through this “Set Theme” in-app setting pic.twitter.com/yUJ1vHabtJ
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) October 8, 2019
Namun, fungsi ini hanya ‘dikeluarkan’ kepada beberapa pengguna tertentu yang bertuah saja. Menurut sebuah laporan, Instagram akan mengeluarkan versi yang menyokong dark mode untuk semua peranti Android dalam beberapa minggu selepas ini. Jika anda bertuah, anda boleh mengaktifkan dark mode seperti langkah pada Android 10 walaupun peranti anda beroperasi dengan Android Pie, bergantung kepada pengeluar telefon pintar.
Sumber dan kredit: Pierre Vitre, Android Pit