WhatsApp kini beralih kepada semua orang di Android dan iOS. Sejak platform pemesejan ini membolehkan anda membuat panggilan suara dan video sejak tahun 2016, setiap hari ada 2 billion minit dihabiskan untuk membuat panggilan di seluruh dunia. Maka pada hari ini, kita boleh membuat panggilan suara secara beramai-ramai. Mesti korang rindu WeChat kan? Usah rindu, kita guna je Whatsapp ni.
Untuk menggunakan panggilan untuk sebuah kumpulan, anda perlu meletakkan video atau panggilan suara bersama seorang rakan terlebih dahulu, kemudian kita perlu menambah orang lain ke panggilan itu. Berikut adalah cara menggunakan ciri panggilan kumpulan WhatsApp untuk panggilan video dan suara.
- Buka WhatsApp
- Pergi ke tab Calls
- Tekan ikon pendail di sudut kanan bawah
- Pilih peserta pertama dan gunakan ikon pendail/video untuk membuat panggilan suara atau video.
- Dari dalam panggilan orang pertama tu, tekan butang tambah peserta di penjuru kanan sebelah atas.
- Pilih peserta kedua yang anda mahu tambah pada panggilan dan kemudian tekan butang Tambah .
Ikut langkah lima dan enam untuk menambahkan lebih banyak peserta ke panggilan anda – anda boleh menambah sehingga empat orang secara serentak.
Itu sahaja yang anda perlu buat. Adakah anda berminat untuk mencuba ciri panggilan kumpulan WhatsApp ni? Beritahu kami dalam ruangan komen di bawah.