Bolehkah smartphone Android biasa digunakan untuk gaming?
Kita seringkali menggunakan telefon pintar sebagai alat pelbagai guna dalam kehidupan seharian. Tambahan kini, fenomena permainan dalam telefon, mobile gaming semakin menyerlah. Ini ekoran daripada betapa ramai manusia yang memiliki telefon bimbit.
Namun, tidak semua orang mempunyai telefon yang canggih yang mampu memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna sewaktu bermain games. Bolehkah handphone cikai-cikai main game yang grafik tinggi?
Oleh yang demikian, Bijak Android nak bagi tutorial cara main game Android tanpa lag khususnya kepada player Mobile Legend dan PUBG.
Kita recheck dulu, adakah sewaktu hendak bermain permainan seperti PUBG Mobiles, Mobile Legend dan Fortnite, handphone anda mempunyai masalah seperti ini?
1. Lagging
Inilah masalah biasa dan terbesar yang melanda kepada kebanyakan pengguna low endsmartphone kerana kapasiti RAM phone yang kecil serta tiada keupayaan multi-tasking yang tersedia didalam handphone tersebut. Tambahan pula games sekarang ini pula semakin canggih dan memerlukan RAM serta grafik yang tinggi untuk dimainkan. Tapi kalau lag sebab low connection itu kes lain ya!
2. Panas
Ini pun satu, tengah syok-syok main tetiba keluar notification over-heating. Haihh. Nak pegang pun ada yang sampai balut-balut kain sebab elakkan tangan melecurlah, habis terganggu prestasi kita sebagai pengguna nak gaming.
Aduh! Jadi macam mana? Nak main game juga ni. Jangan risau bossku, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Cara Bermain High Graphic Games dalam Android macam PRO
a) Tingkatkan prestasi Android dengan setting utama.
1. Hapuskan semua aplikasi yang running di background. Aplikasi, yang secara berterusan berjalan di latar belakang, adalah punca utama lagging dan prestasi yang tidak menentu semasa bermain. Anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan task killer yang baik (contohnya ES Task Manager) namun, walaupun tidak ada pun satu daripadanya berfungsi dengan sangat baik melainkan jika anda mempunyai akses root.
2. Diaktifkan aplikasi yang tidak diperlukan. Hampir semua telefon pintar, terutamanya telefon pintar bajet yang rendah, dimuatkan terlebih dahulu dengan bloatware, tetapi perkara yang baik ialah anda boleh mematikannya pada versi Android yang lebih baru. Kaedah ini akan membantu anda dalam menjimatkan ruang berharga dalam memori dalaman anda. Berikut caranya.
3. Bersihkan junk cache. Kita semua suka untuk menggunakan beberapa aplikasi dengan kerap dan aplikasi tersebut meninggalkan fail sampah selepas penggunaan. Begitu juga, pelayar web peranti Android anda juga menyimpan fail sampah setiap kali anda melayari web. Data cache ini tidak hanya memakan ruang terlalu banyak tetapi juga merendahkan prestasi kad SD.
b) Setting secara manual Android dengan aplikasi tertentu.
Cara kedua ini hanya untuk pengguna Android root sahaja. Cara root Android diajar pada segmen yang lain.
1. GLTools. GLTools adalah pemacu OpenGLES tersuai. Utiliti ini hanya membolehkan anda tweak tetapan OpenGL anda. Ia membolehkan anda menukar saiz tekstur, menukar resolusi, memaksa MSAA, mengoptimumkan shader.
Perkara terbaik mengenai ini adalah bahawa ia serasi dengan semua vendor GPU. Jadi, sekiranya anda mempunyai GPU rendah, ia akan menjadikan GPU anda serasi dengan permainan high graphic.
Aplikasi ini juga berguna untuk pengguna Android, yang mempunyai GPU high ends kerana ia akan memaksa MSAA dan resolusi yang lebih tinggi untuk membuat kualiti imej lebih baik.
Kaedahnya boleh dibaca disini
2. Besarkan RAM handphone. Adakah mungkin untuk meningkatkan RAM menggunakan perisian? Jawapannya adalah YA dan TIDAK.
Sudah tentu, tidak mungkin untuk meningkatkan RAM secara fizikal, tetapi secara logiknya anda dapat meningkatkannya.
Bagaimana?
Boleh ke pautan ini.
Boleh ke pautan ini.
Kesimpulannya
Memang boleh! Cuma nak dan taknak sahaja. Apa lagi? Sediakan handphone, ready set go!