Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Cara Lajukan Telefon Android Anda (MESTI BACA!)

An-Naim Jamhari, November 15, 2017

Dalam artikel hari ini, kita akan belajar cara mengatasi telefon hang, cara tingkatkan pretasi telefon android dengan mudah. Tidak perlu pening kepala kerana telefon anda berat dan ambil masa untuk loading. Justeru, marilah kita guna langkah ini kerana penulis sendiri juga guna tiap-tiap bulan. Sebelum itu, cara ini tidak perlu buat hari-hari atau sekerap mungkin, tapi boleh guna semasa telefon anda berasa berat ataupun sekali sebulan.

smartphone-1632881_960_720
Sebelum itu, marilah kita tahu serba sedikit tentang faktor kelajuan telefon:

  • Kelajuan CPU atau processor (otak telefon)
  • Kekosongan RAM yang tinggal
  • Storage telefon
  • Kondisi dan usia telefon

Kalau telefon anda mempunyai 1.0ghz cpu, 500mb RAM & 2GB storage, memang akan perlahan juga kerana spesifikasi telefon tersebut untuk kegunaan ringan sahaja seperti whatsapp & facebook lite.

Manakala jika telefon anda mempunyai 1.5ghz CPU, 1.0GB & 8GB storage, susah sikit nak perlahan sebab spesifikasi berikut sesuai dengan pengguna biasa iaitu whatsapp, facebook & instagram. Tapi lama kelamaan akan perlahan juga kerana penuh.

Apa yang dimaksudkan dengan penuh?

  • RAM yang tinggal hanya sedikit (800mb dari 1.0gb telah diguna)
  • Storage tinggal sedikit

Maka, kalau sesuatu aplikasi ataupun gambar nak load pasti ambil masa kerana semua benda dah penuh (buat gaya tangan Luqman Podolski). So kita nak jadikan penuh jadi taknak penuh ataupun meringankan ialah:

  • Guna Clean Master

Mana-mana root atau non-root user boleh pakai. Tapi kelebihan dekat root user sebab boleh boost memory dan clean dengan 2 kali ganda serta boleh sekat aplikasi yang automatik hidup. Manakala non-root user hanya boleh clean dan boost memory biasa-biasa sahaja tetapi tetap memadai.

  • Guna SDMaid

Aplikasi ni hanya boleh digunakan untuk root user sahaja. Hal ini kerana app ni berupaya delete fail yang ada dalam telefon tetapi app asalnya tiada. Maksud disitu ? Kalau kita uninstall app, hanya app je akan uninstall manakala fail yang tertinggal akan terus tinggal.

(Apakah itu root? Baca sini )

  • Guna GBWhatsapp

Boleh dapati dari sumber bukan play store (kerana app ni versi diubah suai). Mempunyai banyak manfaat seperti ubah suai warna asal whatsapp, hantar gambar tanpa compress & sebagainya. Tapi yang saya nak bagitahu dekat anda semua ialah app ni berupaya untuk memadam “log file” dalam 50mb-100mb. Caranya ialah pergi ke GBSetting –> clean whatsapp file.

  • Guna lite version

Seperti Facebook Lite & Messenger Lite, ia dapat menjimatkan quota anda serta storage anda. Mengapa? Kerana Facebook biasa memang makan quota banyak, maka fail yang terhasil juga banyak. Fuhh facebook sahaja dah 500mb-1GB. Dah la tak boleh clean guna CM. Caranya ialah dengan Clear Data. Adoii.

Seterusnya kita kena buat secara manual untuk ringankan telefon anda. (Tapi nombor 1 tu tak ada dekat youtube, anda bertuah kerana dapat baca teknik ni) :

  • Padam gambar/video whatsapp yang kita hantar.

Apa yang dihantar takkan masuk dalam gallery, tapi tersorok dalam file yang dalam-dalam. Maka kita perlu padam sebab kita tak nampak pun. Kalau nak tengok gambar kita yang dihantar pun boleh tengok balik. Cara ini non-root user pun boleh cuba.

Caranya ialah buka file manager > internal storage atau sdcard0 > whatsapp atau gbwhatsapp > media > image atau video atau fail atau audio > sent .

Segala apa yang telah kau berikan. Eh lagu pulak. Segala apa yang anda dalam fail “Sent” itu kita boleh padam. Kalau nak munculkan balik dalam gallery, boleh copy dan paste ke folder luar.

  • Uninstall app yang tak guna

  • Clear Data jika tak boleh clean macam facebook
  • Format telefon setahun sekali (akan datang: cara format dengan mudah)

Jika telefon anda mungkin perlahan kerana grafik, sila baca sini.

Tamat. Jika ada pertanyaan, boleh terus komen ataupun hubungi saya di page Contact. Jika suka artikel ini, sila share kepada kawan-kawan semua ye.

Technorati Tags: cara lajukan telefon android,langkah lajukan telefon android. cara tingkatkan pretasi telefon android,langkah tingkatkan pretasi telefon android
Trik dan Tips Telefon Pintar

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Danial Hafiz says:
    November 16, 2017 at 12:40 pm

    Good

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes