Kalau android member ada masalah dengan sistem telefon mereka, apa yandg saya suruh buat ialah format, ataupun dikenali sebagai reset. Tapi mereka sering beritahu bahawa nak format ni leceh la, gambar hilang la dan lagu hilang la. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Nak hasil kena lah buat kerja kan?
Contoh situasi yang telefon anda mintak kena format ialah;
- Telefon berat dan lembab
Lepas guna Clean Master pun telefon masih berat, mungkin sebab ada file yang tersembunyi ataupun virus.
- Sistem telefon banyak masalah
Mungkin sebab faulty, mungkin sebab virus.
Kejadian yang berlaku dekat saya ialah Youtube app tak boleh buka. Ada problem dengan host agaknya. Lepas format terus sihat.
Tapi, bila nak format telefon ni mesti data-data dalam telefon tu semua lesap;
- Contact number
- Gambar
- Lagu
- SMS
- Mesej Whatsapp
- Applications
- File-file lain
Lepas anda baca artikel ini, anda tak perlu risau dah ye. Boleh format tanpa kerisauan.
Apa yang anda perlukan?
- SDCard (Saiz bergantung kepada total semua file yang anda ingin simpan)
- Internet (Nak download app yang kita akan guna)
- Kesabaran
- Working brain
Langkah-langkah Untuk Backup
1. Masukkan sdcard ke dalam slot telefon
2. Untuk backup aplikasi kena guna app ni. Supaya lepas backup tu boleh install terus, tanpa makan kuota download dari play store.
Download – App Backup & Restore by Trust Lab.
a. Buka app dan pergi setting.
b. Dekat backup path, letak path dia sdcard.
Contoh;
/storage/extsdcard/
/storage/sdcard1/
c. Lepas siap edit backup path, boleh terus backup semua app. So bila backup tu file app (apk) semua ada dekat sdcard then tak perlu pindah-pindah dah.
3. Untuk backup contact, tak perlu pakai app kerana memang sudah ada.
a. Buka Contact>Option>Export to sdcard.
Dan lepas export tu file yang mengandungi contact anda semua dikenali sebagai vCard.
4. Untuk backup SMS, pun sama seperti langkah 3 kerana memang sudah ada.
5. Untuk backup lagu/files, kena pindahkan ke sdcard.
a. kena cari lokasi file tersebut berada.
b. Contoh kalau file dari whatsapp, kena buka la folder whatsapp.
c. Buka file manager>Internal Storage>Whatsapp
d. Dalam folder tu ada audio, files, gambar yang anda download.
e. Pindah ke sdcard.
Jika anda download dari browser, folder dia berada dekat internal storage>download
6. Untuk backup mesej whatsapp,
a. Buka whatsapp>Setting>Chats>Backup
b. Lepas siap backup dekat whatsapp, buka file manager pula, kena cari file backup tu.
c. Buka File manager>Internal storage>Whatsapp>Backuo
d. Dalam folder tu, pindah semua ke sdcard.
7. Untuk backup gambar dengan mudah;
a. Buat satu folder dan letak satu gambar dekat sdcard.
b. Install QuickPic
c. Buka QuickPic dan pilih gambar yang ingin dipindahkan, lalu “move to” folder yang anda buat dekat sdcard tu.
Lepas siap backup semua ke dalam sdcard, kita kena test dulu untuk kepastian yang file semua berada dekat sdcard.
1. Restart telefon dan cabut sdcard.
2. Selepas itu cari apa yang tertinggal.
3. Jika ada yang tertinggal, maka pindah ke dalam sdcard.
Jika proses backup sudah sempurna anda boleh teruskan;
1. Cabut sdcard dan letak di tempat yang tak hilang
2. Pastikan bateri telefon dalam 80% keatas
3. Pergi setting dan format/reset telefon anda.
4. Done.
Lepas format nak buat apa?
Kena restore balik apa yang kita backup sebelum format tu.
1. Masuk sdcard semula
2. Untuk install applications,
a. Download Apk Installer
b. Tick semua app dan install
3. Untuk restore contacts
a. Buka contact>option>import
b. Import file vCard
4. Untuk restore mesej whatsapp
a. Install whatsapp, tapi jangan masukkan nombor lagi.
b. Pindahkan backup mesej (yang kita backup sebelum tu) ke dalam folder asal ia, iaitu internal storage>whatsapp>backup
c. Masuk nombor dekat whatsapp
d. Lepas tu akan muncul “Backup has found”
e. Restore.
Note;
- Saya tak bertanggungjawab kalau ada masalah
- Guna file manager ikut kesesuaian anda sama ada file explorer ke apa-apa
- Anda perlu lah reti dalam penggunaan file manager kerana nak pindah-pindah file