Persoalan yang sering saya dengar:
- Cara recover akaun sosial yang kena hack
- Cara mengembalikan akaun facebook yang kena hack
Hari ni saya nak tulis pasal Acc Instagram yang kena hack sebab ramai yang dah tanya. Bagi owner acc boleh buat langkah-langkah yang akan saya terangkan. Nak hack acc sendiri itu tahap hacker jela boleh, kita yang hamba biasa ni biasanya akan meminta pertolongan daripada pasukan bantuan. Langkah-langkah berikut boleh juga digunakan untuk acc sosial yang lain. Tapi kali ini moh belajar bagi Instagram.
Bagaimana acc anda kena hack; Mungkin anda pernah login ke dalam servis auto-like or follower, mungkin instagram anda version mod, mungkin ada virus, mungkin ada app yang boleh curi password (virus), Mungkin anda ramai haters.
Saya pun pernah kena hack melalui telefon kawan saya. Biasalah telefon tak bawa pinjam member. Telefon member kena virus huhu esoknya akaun saya jadi akaun gambar 18+. Harap pengalaman saya berguna kepada anda semua.
- Cari email team support
-Instagram: support@instagram.com
- Email mereka dalam Bahasa Inggeris
-Dalam email anda haruslah mempunyai Pendahuluan, Maklumat Dan Kesimpulan
Contohnya:
Hello Instagram Support Team, my name is Annaim Lukaku. My account was hacked about 2 days ago.
My username is @naimjamhari (sila follow ye hehe). My location is in Kuala Lumpur.
(Kena letak supaya mereka tahu owner dekat mana DAN membezakan lokasi mungkin hacker akses akaun anda)
I hope you (Instagram Team) will help me to recover back my hacked account. Thank you.
*Anda boleh tukar mana-mana yang perlu ditukar, dan tambah ikut anda.
- Selepas beberapa jam, mereka (support team) akan reply email anda
Dalam sehari dua, mereka akan reply semula email anda. Mereka akan akan ajar langkah untuk recover acc anda.
Dalam langkah-langkah tersebut ialah;
1. Tulis kod yang mereka bagi di atas kertas A4, biar tulisan anda tebal dan jelas. Kalau boleh guna marker pen is more better.
2. Suruh photographer (suruh adik ke) tangkap gambar anda sambil pegang kertas tersebut seperti nak masuk penjara.
- Reply email semula kepada mereka
–Sebelum anda reply semula, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut;
*Owner acc ada upload muka dia sendiri sebelum kena hack
*Muka yang kita pernah upload sebelum ini mestilah sama dengan muka yang kita nak hantar ala penjara.
Jika dah penuh syarat berikut, reply semula kepada mereka dengan langkah yang diajar.
- Mereka akan reply semula email anda
Jika semua berjalan dengan lancar. Mereka akan reply semula kepada anda bersama link. Link tersebut mengandungi page untuk reset password. Lepas itu anda boleh tukar password yang baharu. Pastikan ia cukup selamat.
Tamat. Jika ada pertanyaan, boleh terus komen ataupun hubungi saya di page Contact. Jika suka artikel ini, sila share kepada kawan-kawan semua ye.