Sebagai insan biasa yang ingin buat duit di rumah , semua orang nak. Lagi-lagi ekonomi negara yang kurang memberangsangkan dan menyebabkan harga barang naik. Untuk buat duit online tanpa modal, memang payah. Tapi Nak seribu daya, taknak seribu dalih, itulah ungkapan yang perlu kita tanam dalam hati. Harap post ini dapat membantu anda semua cari duit tambahan lagi-lagi pelajar dan suri rumah Teruskan membaca.
Apa yang anda perlukan?
1. Telefon pintar
2. Internet (Wifi lagi bagus sebab guna banyak kuota)
3. Hati & fikiran yang serius mencari duit
Cara buat duit online 2017
1. Dropship
Hampa semua pernah dengar tak? Dropship ni adalah satu cara untuk mendapatkan duit tambahan dengan mudah. Hal ini kerana tugas dropshipper ni adalah memasarkan produk dan ambil komisen. Ni maksudnya dropshipper kena pasarkan produk oleh sesuatu pihak (selalunya pembekal) dan pasarkan secara online untuk mencari pelanggan melalui media sosial dan sebagainya.
Untuk menjadi seorang dropshipper haruslah rajin mencari pelanggan kerana kita dapat duit dengan komisen hasil jualan. Kena pandailah dalam online marketing. Nak jadi dropshipper kena lah berurusan dengan pembekal tu dahulu. Ada yang minta yuran pendaftaran untuk tengok kesungguhan kita ada dak, tapi ada juga yang percuma. Meh kita payung satu forum untuk menjadi dropshipper. –> http://www.majalah.com/?classifieds.program-dropship
2. Blogging
Ya benar. Blogging pun boleh buat duit. Tapi bukanlah mudah disangka kerana banyak benda perlu buat. Tapi cara inilah kita boleh buat duit dengan pasif setiap bulan. WOW! Kalau kita tengok blogger yang dah berjaya, mereka semua mampu cecah $500 setiap bulan. Mana dorang dapat? Hasilnya ialah melalui iklan. Ha sebabtu semua website ada iklan kan, begitulah sebabnya.Tidur pun dapat duit ahaks selagi iklan tu ada dalam website mereka. Iklan ni banyak kategori, CPC, CPM & Affliate marketing dan banyak lah! Antara yang saya sebut tu CPC (cost-per-click) , kita dibayar jika ada orang klik iklan tu, CPM (cost-per-impression), maka kita dibayar jika dapat banyak viewer & trafik. Dan juga AM, kita dibayar melalui komisen jika pembeli tu beli melalui iklan yang kita letak tu.
3. Link shorterner & Upload file
Ha ni juga terkenal. Asal buka link je ada adf.ly. Asal nak download fail je mesti ada iklan. Ya benar, tukang upload tu boleh buat duit jika dapat cecah sasaran berapa banyak viewer & traffic yang diterima. Contohnya setiap 1000 viewer boleh dapat dalam $5 (kalau dekat US) , dekat Malaysia lagi rendah. Bukan pilih kasih, tapi ada beberapa faktor. (p/s: menyampah je aku kalau amik link orang pastu letak dekat adf.ly sendiri hmm hahaha)
4. Online survey
Dekat Malaysia kurang jugaklah kerana tak ramai sangat pihak yang ingin mencari survey di dalam Asia. Tapi masih ada je okay jangan takut. Tugasnya ialah menjawab beberapa soalan dengan jujur. Setiap survey tu mungkin memakan dalam sejam, tapi mudah juga buat duit sebab hanya membaca dan menjawab soalan, mudah kan ?
5. Online market maketing
Pernah dengar FOREX? Ha boleh buat duit online juga ni. Tapi memerlukan modal la sebab nak melakukan trading. Nak belajar tentang FOREX ni memang percuma melalui Youtube & google. Tapi kalau nak belajar serius, kena dengan guru jugak. Hanya meluangkan sedikit masa setiap minggu, boleh cecah $10 000 USD sebulan. Ha itu kalau otai-otai la sebab dorang pandai analisis & trade dengan nilai yang tinggi. Kesimpulannya, risiko rendah maka untung pun rendah huhu.
6. Videos
Buatlah video dan cari lah kemasyuran anda sendiri. Jadilah seperti ijoy iaitu artis instagram. Nak capai status selebgram ni bukan mudah, tapi terbukti dapat buat duit dengan tutup mata. Mengapakah? Mereka ni dibayar kerana mempromosikan produk-produk. Paid-review katanya. Sambil populer sambil duit masuk cewah.
7. Download apps
Kaedah ni pun mudah nak buat duit. Caranya ialah dengan ikut syarat yang ditetapkan oleh developer. Pertama sekali kenalah download app seperti Twig atau mCents atau apa-apa lah. Seterusnya kena verify dulu account kita. Ketiga pula kena lengkapkan syarat untuk dibayar, seperti download apps yang disuruh ataupun melalui refferal.
=Okay itu lah cara buat duit dengan mudah. Ada lagi cara lain, tetapi ia untuk golongan profesional. Seperti review website & lagu. Bukan mudah tu !
BONUS! Meh abang payung untuk pembaca tercinta sekalian Abang nak share sikit tentang pengalaman saya yang anda perlu ketahui.
Apa yang anda perlu elakkan daripada tertipu
- Bitcoin mining
Memang keuntungan sampai 150%, tapi selepas ketua mereka dah capai target yang dorang nak, sekali duit korang dia kebas dan lesap
- HYIP (High-Yield-Investment-Program)
Sama seperti bitcoin mining
- Lipat sampul dan pos
Kalau nak kerja tapi kena bayar yuran dulu untuk bahan-bahan? Mengarutlah. Dah bayar tapi dapat bahan untuk rekrut orang, bukannya lipat sampul.
- MLM
Duit pusing-pusing balik dan seperti bitcoin mining, suatu hari pasti ketua lari bawa duit.
Kesimpulannya, nak buat duit online ni bukan mudah, tapi mudah jikalau serius
Bagus lah admin hehehe cara buat duit online good jobs
Admin yg sporting dan page yg bnyk tutorial yg tidak kedekut ilmu. Dah berjaya buat website sendiri ????
website yang menarik banyak yang boleh belajar dalam ni.Terima Kasih Admin
hehehe mudah je tuu
ohh baguslahh nanti apa2 pm je ok
aku kenal kau admin jaga ii
Welcome bro.. Jgn lupa check setiap minggu ade post
Ohh famous juga saya en hehehe