Bukan semua aplikasi yang telah dipasang pada telefon pintar anda akan digunakan oleh anda. Dengan mengeluarkan aplikasi yang anda tidak mahu atau tidak diperlukan, anda boleh meningkatkan prestasi telefon anda dan membebaskan ruang storan telefon anda dari aplikasi yang tidak berguna.
Aplikasi yang anda tidak perlukan dan tidak boleh dipadam dipanggil bloatware. Dengan petua kami, anda boleh memadam, mengalih keluar, membuang, atau sekurang-kurangnya menyembunyikan aplikasi yang telah dipasang dan bloatware.
Apa itu Bloatware?
Bloatware merupakan perisian komersil yang sering dipasang pada telefon anda oleh pengeluar, sama ada ia berguna atau tidak, dan cenderung membazirkan memori dan storan telefon anda. Kadang-kadang anda mesti ingin menyingkirkan aplikasi-aplikasi ini yang menyemak dalam peranti anda.
Kebanyakan pengguna tidak pernah menyentuh aplikasi yang siap pasang pada telefon baru mereka, tetapi meninggalkan aplikasi ini di sana untuk membuang kuasa pengkomputeran berharga dan melambatkan telefon anda.
Penyelesaian yang terbaik adalah menghapuskan segala jenis bloatware yang ada, atau sekurang-kurangnya melumpuhkannya dalam telefon anda. Panduan ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara melaksanakannya.
Uninstall atau disable bloatware?
Apabila anda ingin mengalihkan bloatware yang mengganggu pretasi peranti anda, pada dasarnya anda hanya mempunyai dua pilihan, iaitu uninstall ataupun disable mereka. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan mereka tersendiri, tetapi apakah perbezaannya? Membuang aplikasi bloatware adalah lebih drastik daripada dua pilihan tersebut, dan melibatkan sepenuhnya pengeluarkan fail dari peranti anda. Walaupun ini adalah cara terbaik untuk memastikan bahawa aplikasi tidak akan mengganggu anda lagi, ia berisiko kerana ia boleh menyebabkan masalah lebih jauh jika ada beberapa fail yang diperlukan.
Melumpuhkan bloatware adalah kurang berisiko. Ia akan memastikan bahawa aplikasi itu tidak mengambil RAM berharga dengan berjalan di latar belakang, tetapi ia juga bermakna aplikasi ini tidak benar-benar ‘hilang’ dari telefon anda, cuma lumpuh untuk bekerja a.k.a tidur. Bergantung pada aplikasi dan peranti anda, pilihan antara menyahpasang dan melumpuhkan aplikasi tertentu mungkin anda tidak pasti lagi. Mari kita lihat dengan lebih lanjut.
1) Melumpuhkan Bloatware
Banyak aplikasi terus menggunakan sumber-sumber semasa mereka tidak aktif. Mereka juga mengambil ruang dalam storan aplikasi. Sejak versi Android 4.0, terdapat pilihan untuk melumpuhkan aplikasi dengan cara yang sangat mudah.
- Pergi ke Settings > Apps.
- Di sini, pada kebanyakan telefon, anda akan menemui tiga tab: All Apps, Disabled, and Enabled.
Dengan menekan pada aplikasi ini dan itu, anda boleh mengetahui beberapa aplikasi yang boleh dibuang. Terdapat juga bloatware yang anda tidak perlukan boleh dibuang, dan ada juga yang tidak boleh. esetengah aplikasi mungkin tidak boleh dipasang atau dilumpuhkan (contohnya Settings). Aplikasi ini adalah penting untuk Android berjalan dengan betul.
Sesetengah aplikasi, seperti TalkBack dalam screenshot di bawah, anda boleh melumpuhkannya (disable), dan ada juga pilihan untuk Uninstall updates, yang akan menetapkan semula aplikasi tersebut kepada keadaan asas, yang menjadikannya lebih ringan serba sedikit.
Aplikasi yang dilumpuhkan tidak lagi akan berjalan di latar belakang dan tidak akan menerima sebarang kemas kini, menghapuskan pengaliran keluar sumber telefon seperti storan dan penggunaan bateri.
2) Cara Uninstall Bloatware
Ia sangat mengecewakan apabila anda benar-benar mahu memadamkan aplikasi tetapi sistem hanya membolehkan anda melumpuhkannya. Jika anda benar-benar tahu apa yang anda lakukan, ada caranya untuk mendapatkan kawalan penuh ke atas perisian telefon anda, terutama bloatware.
Jika anda tidak takut membatalkan jaminan anda, atau menyingkirkan aplikasi sensitif tertentu seperti Samsung Pay atau aplikasi bloatware yang tidak berguna seperti Google Books, anda perlulah root peranti Android anda . Kemudian anda boleh memadam sebarang aplikasi yang anda tak suka.
System App Remover (ROOT) (boleh didapati secara percuma menerusi Google Play Store) boleh membantu anda melakukan perkara itu. Walau bagaimanapun, and telah diberi amaran bahawa melakukan ini mungkin membuat beberapa aplikasi lain berhenti berfungsi dengan baik.
Jika anda ingin root telefon Android anda, anda boleh baca Cara Root Telefon Android, kerana rooted Android amatlah berkuasa ! Jom tonton video di bawah tentang aplikasi System App Remover (ROOT).
Kesimpulan
- Jika telefon anda adalah non-root, maka gunalah kaedah Disable / Melumpuhkan
- Jika telefon anda adalah rooted, maka gunalah kaedah uninstall
- Jika telefon anda adalah berkuasa dan takut untuk root, disable sudah mencukupi. Tetapi jika telefon anda adalah berkuasa rendah, anda dinasihati untuk root telefon anda untuk meningkatkan pretasi peranti anda