Kata kunci atau password, ia merupakan perkara yang amat sensitif kepada semua orang. Password merupakan unit asas bagi akaun seseorang itu. Tapi, tahukah anda pemilihan password yang teruk pastinya akan memberikan anda 1001 tangisan apabila akaun anda diakses. Oleh yang demikian, Bijak Android akan mengajar anda;
- Cara elak kena hack
- Cara pilih password yang kuat
- Cara mengurus 10000 password yang berbeza
- Cara recover akaun yang kena hack
Cara elak daripada kena godam
Baiklah kita bagi contoh syarikat terbesar di dunia dalam sosial media: Instagram, Twitter & Facebook. Baiklah ikut logik la, boleh ke hacker ceroboh sistem mereka untuk hack kita? Sebenarnya, akaun kita kena hack disebabkan oleh kecuaian diri sendiri. Aik? Kecuaian? Jom kita tengok faktor berikut:
- Menggunakan servis pengurusan akaun atau servis free like/follower
Apabila anda menggunakan aplikasi pengurusan akaun seperti Unfollowers For Instagram, mereka dapat menyimpan username & password anda apabila anda menggunakan aplikasi mereka. Sama seperti servis free like/followers, mereka akan menyuruh anda login menggunakan username dan password juga.
Servis mereka memang berjaya dan berjalan, tapi mereka ada akses untuk menggunakan akaun kita. Maka, pilih servis yang anda rasa boleh dipercayai. Jika anda nak followers premium & ia tak memerlukan password anda pun, boleh beli dengan Bijak Android iaitu RM10 untuk 2.0K followers hehe (Whatsapp: 0122567433)
- Save password
Mesti anda pernah buka Facebook di cyber cafe kan? Bila dah login tu, anda mesti tertekan ‘save password’. Apabila anda log out & tengok login page, pastinya keluar macam ni:
Tahukah anda, dalam 1 minit saya boleh crack password tersebut. Caranya? Mudah. RIght click dan buka inspect element, ctrl+f dan tulis type=”password”. Selepas itu, tukar kepada text seperti gambar berikut:
Maka, nak selamat buka melalui ‘Incognito Mode’ & password anda takkan tercicir dekat CC. Cara buka Incognito mode? Mudah belaka. Buka browser macam biasa, lepastu right click pada icon browser anda pada taskbar dan pilih Incognito mode. Bagi Mozilla, ia adalah private window.
- Paling terkenal la: password mudah
Password yang mudah, mudah la kena hack. Logik kan? Contohnya nombor telefon, tarikh lahir & nama awek.
Oleh yang demikian, kamu harus belajar cara membuat password yang kuat dan unik.
Cara membuat password yang sukar
Password yang sukar adalah kuat kerana ia tidak mudah untuk diteka dan sukar untuk diserang dengan kaedah Bruteforce. Sebelum kita mulakan, apakah itu bruteforce? Bruteforce adalah satu sistem yang mampu mencuba beratus-ratus password dalam 10 saat secara automatik. Jika anda letak password tarikh lahir, mudah ja serangan bruteforce ini mematahkan hati anda.
Oleh itu, mencegah itu lebih baik dari merawat, tapi akaun kalau kena hack dah tak boleh rawat dah. Maka, binalah password yang dapat membuatkan anda pening kepala. Bagi menghasilkan password sebegini, anda haruslah menggabungkan beberapa perkara:
- Simbol
- Nombor
- Huruf besar + huruf kecil
- Minima 8 karakter
Ada banyak kaedah rojak, tapi nak mudah boleh pakai kaedah makanan dengan ayat budak wechat aka uchux: @Y@Mg0r3ng. Jom kita tengok dia kuat ke tak dengan Password Meter.
Ingat, formula rojak + wicet + uchux = password kukuh ! Alternatif bagi Password Meter adalah Kaspersky Passowrd Check & Password Checker Online. Selain itu, jangan guna password yang terkenal seperti di bawah (menurut Wikipedia);
Serangan kaedah kedua adalah menggunakan dictionary. Ini bermaksud, fail tersebut mengandungi beribu-ribu password (contohnya top 1000 password) dan digunakan dengan software bruteforce. Kalau anda guna password yang ada dalam fail itu, boom ! Akaun anda akan lesap.
Jika anda nak gunakan pertolongan Norton Anti-Virus bagi menghasilkan password yang hebat, tekan sini.
Cara mengurus 10000 password yang berbeza
Anda boleh mengurus hingga berjuta-juta password yang berlainan dengan software KeePass. Ia percuma dan boleh didapati pada Windows, Mac, Android dan iOS di halaman muat turun mereka.
Kenapa kena pakai? Jika akaun Google, Instagram, Facebook & Twitter anda menggunakan email dan password yang sama, mereka boleh akses kepada semua akaun itu dengan satu kerja sahaja. Jika lain-lain password untuk akaun yang lain, mereka perlu buat 2-3 kali kerja. Faham dok?
Cara recover akaun yang kena hack
Proses mengembalikan akaun kita adalah melalui email atau nombor telefon. Jika anda nak recover akaun anda jika kena hack, maka sediakan payung sebelum hujan. Macam mana payung tu?
Email ni paling penting. Anda lupa password mana-mana akaun boleh recover dengan email anda. Maka, anda haruslah ingat email dan password akaun email anda. Serta, gunakan nombor telefon anda sebagai backup login kalau kot-kot terlupa password.
Maka apabila akaun email anda telah selamat, barulah proses recovering akaun sosial dapat dijalankan. Tanpa email, tiada makna. Apabila ada email, jangan lupa untuk connect dengan akaun sosial anda ya.
- Nombor telefon
Anda haruslah gunakan nombor telefon anda sebagai backup login jika terlupa password. Jika anda lupa password, anda boleh login menggunakan ‘forgot password’ dan pilih telefon. Mereka akan hantar SMS yang berisian kod, gunakan kod itu untuk login akaun anda.
Maka, jangan hilangkan SIM anda ya. Kalau nak tukar line, boleh ‘port in’ , maksudnya anda tukar line telco tapi nombor yang sama. Jika malas dan ingin tukar nombor terus, pastikan tukar dahulu nombor telefon yang connect dengan akaun anda. selepas itu, bolehlah buang SIM lama tu.
Gambar berikut merupakan cara akses ke Instagram:
itu sahaja ya buat artikel ini. Ingat, password ini penting bagi keselamatan anda ! Cer korang bagi contoh password yang kukuh guna formula yang diberikan tadi di ruangan komen.