Huawei secara rasminya pada hari ini telah mengeluarkan tarikh pelancaran rasmi Mate 30 di akaun sosial rasmi mereka. Pelancaran siri Huawei Mate 30 bakal dilaksanakan di Munich, Jerman pada 19 September 2019 ini. Dari status yang dimuat-naik oleh Huawei, bersedia untuk menghasilkan peranti dengan rekaan terbaru iaitu rekaan kamera bulatan. Persoalannya, adakah Huawei bakal menggunakan sistem operasi Android atau Harmony OS pada peranti terbaru mereka?
Did you get it right? The countdown to #HuaweiMate30 starts now!
We’re going full circle in Munich on 19.09.2019.
Join us live: https://t.co/9ugi5gG9ci#RethinkPossibilities pic.twitter.com/etRYjrBVEC— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) September 1, 2019
Selain daripada itu, Apple pula telah menjemput pihak media dan dijangka untuk memperkenalkan iPhone 11 pada 10 September ini. Peranti mercu ini diwar-warkan akan hadir dengan 3 variasi model iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Ketiga-tiga model ini mungkin datang dengan spesifikasi terbaru yang menggunakan cip pemprosesan A13 Bionic. Apa yang menarik, ramai pengulas berpendapat siri iPhone 11 akan menggunakan gabungan tri-kamera yang akan membentuk rekaan iPhone yang baharu.