Kenapa komputer lebih berkuasa dalam gaming berbanding laptop? Iaitu ‘Cooling system’ komputer lebih bagus berbanding laptop. Namun gaming laptop pun ada tetapi harga yang lebih mahal. Contohnya spec laptop saya (biasa) dan kawan saya (gaming) adalah sama, tetapi laptop dia ada ‘cooling system’ sedangkan speed CPU sama.
- cara main game tanpa lag di laptop
- cara main game laptop tanpa lag
Sejak hari ini korang dapat tukarkan laptop biasa anda yang support gaming. Tapi ikut spec korang dan game lah ye. Misalnya, laptop saya mempunyai CPU speed 2.53ghz dan ia menepati requirement game seperti FIFA Online 3.
*Jika nak beli PC, pastikan pilih game apa nak dan ikut requirement
Tapi masalahnya laptop ni kalau menepati requirement pun tetap akan lag, sebab CPU dan GPU (Graphic Driver) dah panas. So dua-dua ni kalau hampir cecah 100 celcius sumpah akan lag. Sebab CPU dan GPU kurang cekap sebab dah panas.
Idea ni asalnya daripada peristiwa membersih bilik, dimana ada 3 komputer yang tak diperlukan dan ingin dibuang. Apa yang saya buat adalah ambil semua parts yang masih boleh guna seperti Power supply, kipas dan heatsink (sirip penyejuk). Maka saya gunakan parts tersebut sebagai projek kitar semula.
Apa yang anda perlukan
1. Glue gun
Untuk kerja penampalan kita akan gunakan glue gun daripada menggunakan double-layer-tape kerana ia akan cair.
2. Heatsink
Ini yang saya gunakan. Guna yang kecil dan ringan je. Boleh beli melalui online.
3. PVC
Saya guna pvc daripada pembalut buku sebagai kaki. Potong kepada 4 bahagian dan setiap satunya 3cm. Ini untuk tingkatkan airflow dan cover heatsink.
4. Kipas & USB
Gunakan kipas yang kuat dan usb. Boleh guna USB fan ataupun DIY macam saya; kipas komputer dan usb daripada mouse yang rosak.
5. Mindset
Nak buat benda ni kena ada mindset positif. Nampak bangang tetapi amat berkesan.
Okay mari mulakan projek kita.
1. Mengenalpasti lokasi graphic driver
Selalunya GPU ada dibelah tepi dan ada tempat keluar angin. (Mungkin laptop baharu tiada).
2. Tampal Heatsink
Rajin kan buat video huhu.
Gambar dari sedutan video
Dalam kes dibawah, heatsink itu mempunyai luas yang kecil dan tidak dapat sebarkan haba. Oleh itu saya tampal dengan penyebit kertas (benda hitam tu taktau nama dia) supaya haba dapat disebarkan dengan lebih luas.
->
Gabungan kipas & heatsink
Hodoh. kalau laptop yang duduk rumah sesuai la. tapi memang berkesan kepada saya. Thumbs up. Lepas siap cooling system, mari baca 17 Langkah untuk lajukan komputer