Telefon lambat ? Lambat seperti siput, perlahan macam kura-kura dan mungkin lebih teruk lagi ialah mesej ‘insufficient storage’ di Play Store apabila anda cuba untuk memasang aplikasi baru.
Sekiranya anda mempunyai waktu lapang bersama telefon anda, proses ini akan menjadi rutin mingguan anda. Dalam artikel ini, saya telah menyenaraikan beberapa langkah yang saya ambil untuk membersihkan telefon Android saya dengan berkesan.
Apakah maksud berkesan? Telefon anda akan memproses data dengan lebih pantas selepas proses pembersihan dijalankan.
Cari Aplikasi Yang Membebankan
Anda boleh pergi ke tetapan pada peranti anda dan melihat setiap aplikasi dan tentukan yang mana satu menyebabkan masalah untuk telefon anda. Sebilangan besar ramai orang tidak menggunakan pembersih cache untuk Android bagi memadam cache aplikasi mereka tetapi melakukannya secara manual seperti memadam imej dan video yang mereka terima melalui WhatsApp.
Dengan berbuat demikian, anda boleh mengenali peranti anda dan ciri-cirinya dengan lebih baik. Anda juga boleh mengambil langkah pencegahan, seperti menghalangi kebebaran gambar-gambar yang dimuat turun secara automatik pada aplikasi pemesejan seperti WhatsApp dan Telegram.
Selain itu, dengan melakukan ini secara manual, anda tidak akan menyebabkan apa-apa kerosakan jangka panjang pada peranti anda.
Banyak aplikasi pembersih untuk telefon Android berjanji untuk meningkatkan memori dan prestasi peranti anda. Ini memang boleh berlaku, tetapi kebanyakannya mereka hanya membersihkan cache aplikasi anda.
Apa itu cache? Cache adalah pada dasarnya suatu kawasan penyimpanan di mana data atau proses yang sering digunakan akan disimpan untuk akses yang lebih cepat di masa depan. Akhirnya, cache sebenarnya menjimatkan masa dan mengelakkan penggunaan perkakasan yang tidak perlu pada telefon anda.
Oleh itu, sentiasalah membersihkan aplikasi anda apabila telefon anda berjalan dengan perlahan atau storan penuh – boleh kelihatan seperti pilihan terbaik yang sesuai untuk anda.
Saya cadangkan anda perlu menggunakan pembersih cache, dan apabila anda ingin melakukannya, lakukannya dari senarai Apps .Untuk melakukan ini:
- Pergi ke Menu Setting
- Klik pada Apps
- Cari tab All
- Pilih aplikasi yang mengambil banyak ruang
- Klik butang Clear Cache
Jika anda menjalankan 6.0 Marshmallow pada peranti anda, anda perlu klik pada Storage dan kemudian Clear Cache.
Tapi jika anda sudah faham bagaimana ia berfungsi, anda boleh clear cache semua aplikasi pada masa yang sama;
- Pergi ke Storage
- Klik pada Cache untuk padamkan data sampah ini
Itulah cara untuk bersihkan telefon pintar Android anda tanpa sebarang aplikasi luar. Jika anda ingin bersihkan telefon anda dengan lebih terperinci, anda mungkin berminat dengan aplikasi berikut:
Clean Master
Aplikasi ini wajib digunakan oleh saya sendiri. Sebab apa? Mudah dan terbaik. Anda boleh bersihkan sampah-sampah dengan satu klik sahaja. Sama juga nak uninstall aplikasi yang banyak pada satu masa, sangat mudah. Sudah pasti namanya Pakar Pembersih. Lagi satu, saya suka aplikasi ini kerana anda boleh bersihkan dengan lebih mendalam dengan akses root ! Maka, korang pergilah install aplikasi ini !
SD Maid
Berfungsi seperti Clean Master, tapi cara kerjanya berbeza. Ia akan mengakses storan anda untuk melakukan beberapa analisis supaya anda boleh memadam fail yang tak berguna dan sebagainya. Contohnya, walaupun anda sudah buang aplikasi Facebook, fail Facebook masih ada dan masih menggunakan storan anda. Bibik SD ini boleh tolong anda. Namun, ia berkesan jika anda ada akses root.
Kesimpulan
Dengan 2 aplikasi ini, smooth je telefon Lenovo comel saya ni. Yelah, duit raya je ada haha. Pastikan bijak menggunakan ruang storan agar tidak membebankan CPU dan RAM telefon anda, maka lajulah ia.
Bila storan penuh ni selalunya telefon anda akan lagging. Ini kerana telefon anda perlu memproses data yang tak berfaedah seperti cache. Oleh itu, anda perlu bersihkannya & Cara Lajukan Telefon Anda