Walaupun Netflix mempunyai pelanggan di seluruh dunia, Netflix tidak menghentikan keputusannya untuk menaikkan harga pembayaran bulanannya. Buat kali pertama, kenaikan harga ini adalah lebih besar daripada kenaikan harga pada 12 tahun lepas dan juga kali terakhir kenaikan harga yang dibuat oleh Netflix adalah pada tahun 2010 pada bulan Oktober.
Pelan penstriman basis Netflix yang membenarkan seserempak (serempak = aktiviti yang dilakukan bersama) dengan kualiti video beresolusi 480p, akan dinaikkan harga dari $8 hingga $9 sebulan. Pelan standar pula, iaitu membenarkan dua serampak serta video beresolusi 1080p yang akan dinaikkan harga sebanyak $2 iaitu dari $11 hingga ke $13. Jika anda melanggan pelan premium Netflix yakni menawarkan video beresolusi 4K serta empat serempak penstriman secara serentak, harganya juga akan dinaikkan dari $14 hingga $16 sebulan. Kenaikan harga akan dilaksanakan secara efektif kepada semua pelanggan baru Netflix. Jika anda sudah melanggan Netflix maka harga akan dinaikkan selepas 3 bulan hari pelaksanaan.
Kenaikan harga ini ada faktornya iaitu untuk memdanai segala program dalam rangkaian seperti Stranger Things, Black Mirror, Ozark dan lain-lain. Diperkirakan biaya program ini sudah mencecah 13 billion dollar Amerika.
Bukan itu sahaja, Netflix juga sedang mempersiapkan lebih banyak persiapan dalam kompetisi (persaingan) medan penstriman. Netflix sudah mempunyai saingan yang sengit dengan aplikasi penstriman yang lain seperti Hulu dan Amazon Prime, juga pada tahun 2019, kita akan menjangkakan pelancaran servis penstriman Apple dan juga, Disney akan melancarkan servis penstriman yang sangat dinanti iaitu Disney+ yang akan keluar pada tahun ini.