Harini pulak marilah kita sembang pasal bateri telefon. Ha tak kesah lah bateri iphone ke bateri android ke semua diperbuat dengan sama bahan. Tapi mesti juga cepat kering huhu. Cara menjimatkan bateri telefon, dan cara penjagaan bateri telefon akan anda ketahui selepas ini. Sebelum itu biarlah saya terangkan serba sedikit pasal bateri ini.
Bateri untuk telefon diperbuat daripada litium dimana ia boleh dicas semula. Kapasiti bateri dipanggil mAH. Ada yang jenis boleh cabut (removable) dan kekal (non-removable). Contoh yang boleh cabut ni, kasing belakang boleh buka dan tanggalkan bateri manakala kekal, kasing belakang tak boleh buka. Jom kita tengok contoh kapasiti bateri tersebut.
(Tak nampak takpe, tekan je gambar tu)
Ha sebab tu orang kata bateri iphone ni cepat habis. Bukan apa masalah ke apa, tapi memang kapasiti dia sikit huhu.
Tips jaga batery telefon agar lebih tahan
-
Cas lebih lama untuk bateri baharu
Kalau baru beli telefon ataupun bateri baru. Penjual akan nasihatkan ‘cas 8 jam’. Mengapa? Kerana cas berlebihan untuk bateri baru dapat aktifkan semua molekul ion didalam bateri tersebut.
- Jangan overcharge
Overcharge memang tak bagus. Selalu ade orang nak tidur dia akan charge dan tutup lepas bangun (overnight). Walaupun telefon ni smart dan boleh sekat overcharge, tapi masih tak elok untuk bateri anda.
- Jangan cas sambil main telefon
Adodoi. Tengah ber’ML’ tiba-tiba keluar ‘30 seconds battery to die’. Ha kelam kabut dibuatnya. Tak apa, habiskan dulu baru tutup (Tak digalakkan, tapi kecemasan nak buat macam mana). Sebenarnya main sambil cas ni bahaya kepada bateri dan cpu. Perasan tak kalau main game atau main whatsapp sambil cas dia punya panas tu lain-lain. Lagi panas lagi bahaya, karang meletup habislah.
- Matikan telefon
Jangan tutup, tapi matikan. Kalau tengah lifeless data takde wifi takde, hang matikan je telefon sebab pembaziran berlaku. Kalau cas sambil telefon dah mati, elektrik akan dialirkan terus ke bateri 100%. Maka tempoh cas lebih singkat.
- Jangan cas di dalam kereta
Tempat letak bakar rokok tu kan ade sumber elektrik. Tapi voltan elektrik tersebut tak stabil dan berbahaya juga dekat telefon. Takut masuk lebih pulak dia punya voltan atau arus. Kalau lebih, tak selamat kerana lebih dari yang disyorkan pengeluar.
- Jangan cas dari usb port sesuka hati
Lain sikit dari kereta, tapi usb port lain juga stabil. Sepert dekoder astro, komputer atau tv. Tapi elakkan dan jangan langsung. Sebab dia punya voltan bagi usb biasanya 5V, tapi arus dia lebih tinggi dan tak selamat untuk telefon anda.
- Guna original charger
Quality dan safety yang kita nak bukan? Maka jaga charger original pengeluar. Sebab kualiti memang terbaik. Takut guna charger fake memang bahaya sebab komponen dalam takde kualiti seperti original. Takut nanti voltan lebih, arus lebih. Ha pisang kepala.
- Habiskan bateri dahulu sebelum cas
Pastikan bateri tu betul-betul sikit ataupun takde langsung baru kita cas. Ini juga dapat panjangkan tempoh bateri dan kesihatannya.
- Buat jadual untuk cas telefon
Jadual? Macam mana tu? Contoh jadual bagi saya, nak cas telefon bagi penuh memakan 2 jam. Maka jika saya main bola dalam pukul 5-7 dan cas masa tu. Bateri pun penuh dengan selamat sebab tak overcharge.
- Tutup semua features
Sama ada tengah cas ataupun tak, tutup je semua fungsi telefon seperti Wifi, Data, GPS ataupun Bluetooth. Kalau tak guna tu tutup lah ye. Bateri pun dapat dijimatkan dan penggunaan RAM dan CPU boleh dikurangkan.
- Trickle-charge
Trickle charge ni overcharge, tapi bukan dia. Trickle ni kita biar telefon kita cas sampai penuh, dan biarkan ia sehingga 5-10minit. Memang overcharge tapi ia selamat sebab sekejap sahaja. Justeru dapat panjangkan tempoh bateri dan kesihatanya. Trickle charge boleh buat dalam seminggu sekali.
- Jangan guna telefon bergerak-gerak
Apakah maksudnya? Jangan main telefon semasa bergerak contohnya dalam kereta. Contohnya guna internet ataupun call. Mengapa? Sebab signal. Bila kita bergerak, telefon akan tarik banyak bateri untuk dapatkan signal yang lebih jelas.
- Jangan call sambil cas
Fuhh bahaya kiaw-kiaw. Lagi bahaya kalau call sambil cas sambil pakai earphone. Dah banyak electrik-shock kita dengar. Kalau tengah call, telefon akan mengeluarkan sedikit radioaktif, dan juga gunakan bateri yang banyak sebab signal. Justeru juga fon akan menjadi lebih panas.
- Guna power-saving mode
Power saving mode ni dia buat semua benda dengan automatik. Seperti tutup features, low brightness ataupun pendekkan timeout.
- Auto-Brightness
Ikut anda nak set brightness macam mana. Tapi auto-brightness ni berfungsi mengikut tahap kecerahan sekeliling sebab ada sensor. Kalau tempat terang, screen auto terang. Kalau tempat gelap screen auto gelap. Bukan sahaja jimat bateri, tapi juga jaga mata anda daripada cahaya berlebihan.
- Timeout
Tetapkan timeout yang sesuai ikut anda. Kalau kita tengah buat kerja rumah ataupun tengah memasak dan baca internet untuk dapatkan resepi atau info, kita perlu tetapkan timeout yang lama supaya sikit-skit telefon asyik tutup sahaja. Tapi kalau telefon tengah idle dan masih hidup lama-lama, bateri akan dimakan. Maka tetapkan timeout yang singkat.
- Guna Aplikasi
Guna aplikasi yang dapat panjangkan bateri. Seperti Greenify (untuk menidurkan app yang hidup) dan Clean Master (untuk boost RAM)
- Guna charger yang tepat
Guna charger yang menepati dengan bateri anda. Kalau pengeluar bagi charger 5V dan 0.5A, kita kena guna charger yang sama dengan nilai tersebut. Kalau lebih, berbahaya. Kalau kurang, lambat penuh.
Kesimpulannya, banyak cara dan kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Justeru, ia memanjangkan tempoh bateri dan jangka hayat. Semoga ia bermanfaat dan harap anda semua sebar ke rakan-rakan.