Google Play merupakan tempat carian yang sangat popular bagi seorang/organisasi pereka aplikasi untuk tujuan memasarkan aplikasi mereka. Tetapi, malangnya bukan semuanya mempunyai niat yang murni. Akan tetapi terdapat agenda tersembunyi di dalam aplikasi ini. Antaranya mampu mengumpul data peribadi anda dan berkongsi maklumat peribadi anda malah mencuri wang dari bank akaun
1. Aplikasi cuaca
Aplikasi cuaca sangat popular pada awal penggunaan, ramalan yang diberikannya sangat tepat. Tetapi, terdapat banyak virus yang dapat dikenal pasti di dalamnya. Contohnya, terdapat kes di mana aplikasi cuaca terdapat di dalamnya trojan yang mengumpul data dari pemilik telefon kepada empunya virus. Majoritinya, mereka akan mensasarkan data pada kad kredit anda!
Lebih mudah untuk kita jijika diperiksa melalui browser anda sendiri.
2. Media sosial
Aplikasi ini sangat terkenal di khalayak ramai. Mengapa aplikasi ini membawa padah pada anda? Tiada kaitan dengan hackers kerana mereka kurang berminat pada akaun anda kecuali anda seorang yang terkenal. Aplikasi ini memudaratkan bagi anda kerana ia menggunakan banyak tenaga bateri telefon anda dan mampu menyebabkan telefon anda menjadi ‘lag’.
Di luar negara, mereka lebih kerap menggunakan browser mereka sendiri untuk bersosial seperti melayari Facebook.
3. Antivirus dari pembangun (developers) yang tidak dikenali
Hati-hati, apabila telefon digodam dan mencuri data, antivirus akan muncul secara tiba-tiba bagi menyelesaikan isu telefon anda. Prihatin bukan? Tetapi anda perlu tahu bahawa penggodam sentiasa mencari teknik baru bagi mendapatkan data peribadi anda. Mereka akan mencipta Aplikasi yang hampir sama dengan kemahuan kita bagi mengumpul maklumat peribadi kita malah dapat halang telefon anda dari berfungsi.