Sedarkah anda bahawa ada sebab kenapa GPS perlu dibuka setiap masa. Andai kata fon anda hilang atau tertinggal, maka GPS akan membantu anda mencari fon anda dengan senang hati.
Bagaimana nak jumpa telefon semula?
Risau fon anda akan di suatu hari tertinggal dan kemungkinan tercuri. Jangan terlalu risau, jika anda sudah memasang sistem pengesanan dalam fon anda maka anda akan (mudah-mudahan) dapat jumpa semula fon anda jika :
- Anda sentiasa buka GPS dan data (lagi afdal jika fon anda sudah terpasang dengan WiFi).
- Sudah menyediakan dan melog masuk akaun Google di semua peranti Android.
Ada sebab mengapa kedua-dua kriteria atas diperlukan dalam pengesanan fon. GPS akan membantu anda menentukan lokasi terkini fon anda serta data dan WiFi pula mempersiskan lagi lokasi fon tertinggal. Akaun Google pula digunakan untuk memudahkan lagi pencarian fon anda dengan menggunakan aplikasi pencarian fon yang sudah ada di dalam fon Android anda.
Bagaimana nak tentukan lokasi telefon anda dengan Google?
Arakian, hampir kesemua telefon Android ada aplikasi Find My Device (Cari Perantiku). Aplikasi ini menyediakan kemudahan dalam mencari telefon anda yang hilang. Maka, jika anda kehilangan fon anda, anda boleh buka laptop anda mahupun fon pendua anda dan buka aplikasi berikut dan jika fon anda berdekatan dengan anda, anda boleh mengaktifkan nada dering kuat yang akan membuatkan fon anda yang hilang akan mengeluarkan bunyi bingit yang anda boleh kedengaran serta jika anda risau bahawa fon anda dicuri, anda boleh menguncikan serta memadamkan telefon anda sebelum maklumat anda dicuri.
Semua perkara asas ini haruslah disedia dahulu di awal pembukaan fon (Set Up Device). Jadi, jika anda langkau langkah ini maka kerugian adalah tanggungan anda.
Bagaimana nak aktifkan Find My Device dalam fon anda?
Di kala fon baharu, aplikasi Find My Device sudahpun sebati terkandung dalam fon. Jika fon anda tidak memiliki aplikasi ini, unduh aplikasi ini do Google Play Store. Selepas itu, lakukan beberapa langkah ini demi masa depan fon anda.
PERHATIAN : Jika fon anda baru sahaja hilang dan anda baru sahaja baca artikel ini tanpa ketahui apa-apa tentang “Find My Device”, maka mohon maaf kerana tiada cara lain lagi. Artikel ini untuk sesiapa yang belum lagi kehilangan fon serta langkah awal untuk fon anda.
1. Buka Settings (Tetapan).
2. Tekan Security & Lock Screen (Sekuriti % Skrin Kunci).
3. Tekan Device administrators (Pentadbiran peranti).
4. Tekan Find My Device (Cari Perantiku) supaya tanda cek muncul.
5. Tekan butang belakang hingga sampai ke muka hadapan aplikasi Settings (Tetapan).
6. Tekan Location (Lokasi) di muka hadapan.
7. Togol suis supaya GPS dibuka.
8. Tekan Mode (Mod).
9. Tekan High accuracy (Ketepatan tinggi).
10. Tekan butang belakang sekali.
11. Tekan Google Location History (Sejarah Lokasi Google).
12. Togol suis Use Location History (Guna Sejarah Lokasi)/
13. Togol juga suis di barisan nama peranti anda.
Bagaimana nak cari semula fon anda jika kehilangan?
Ok, anda sudah melakukan persediaan Find My Device (Cari Perantiku) dan anda kata fon anda hilang ataupun sahaja menggunakan aplikasi ini untuk mencari fon anda maka lakukan langkah ini.
1. Buka Web browser (Pelayar sesawang) di telefon pendua, laptop atau komputer anda.
2. Lawat laman sesawang ini android.com/find.
3. Log masuk akaun Google anda.
Setelah itu, anda akan diberi tiga pilihan dan pembantuan pencarian fon anda yakni :
- Bunyikan fon anda. Anda boleh memainkan bunyi (walaupun fon anda dalam mod senyap). Telefon anda akan mengeluarkan bunyi yang sangat bingit. Gunakan mod ini jika fon anda berdekatan dengan anda serta jarak antara anda dan fon anda adalah ihtimalnya boleh didengari.
- Kuncikan fon anda. Anda boleh kuncikan fon anda supaya pencuri tidak dapat akses fon anda serta merta. Anda boleh guna pilihan ini jika fon anda tidak mempunyai ciri keselamatan seperti passkod dan juga cap jari.
- Padamkan fon anda. Jika anda tidak akan dapat bertemu semula dengan fon anda, anda boleh memadamkan fon anda supaya memberi penyesalan kepada para pencuri.
Jika fon anda tidak muncul di peta, sama ada fon anda tidak mempunyai rangkaian ataupun fon anda dimatikan oleh pencuri.