Pernah tak anda terdelete mesej-mesej SMS yang penting di dalam Android anda. SMS banyak digunakan sebagai medium seperti untuk mendapatkan nombor TAC, mesej penting dari telco kesayangan anda, atau semakan keputusan SPM dan sebagainya. Tapi, secara tidak sengaja anda terbuang atau adik kecil anda yang nakal sengaja buang mesej-mesej tersebut. Mesti runsing bukan?
Jangan runsing, jangan risau, Bijak Android kali ini datang membantu jeng jeng! Teliti dan perhatikan langkah-langkah di bawah dengan baik dan sambil-sambil tu buat la sekali jagan la tengok sahaja okay?
Langkah 1:
Pertama sekali, anda perlu menggunakan PC Windows anda dan perlu memasang sebuah aplikasi yang bernama Tool Android Data Recovery.
Langkah 2:
Seterusnya, anda perlu membolehkan fitur USB Debugging di dalam peranti Android anda. Caranya ialah anda perlu pergi ke Settings dan klik pada About Phone seterusnya klik pada Build Number dan tap padanya sebanyak 7-10 kali. Kemudian anda akan lihat Developer Option di dalam Settings anda dan klik untuk Enable kan USB Debugging.
Langkah 3:
Sekarang, lancarkan aplikasi Tool Android Recovery tadi yang telah dipasang di PC Windows anda. Di situ anda perlu pilih Versi Android anda dan teruskan dengan hubungkan Android anda dengan PC anda menerusi kabel USB. Seterusnya, pilih Messages pada Recovery Section dan klik butang Next.
Langkah 4:
Aplikasi Android Data Recovery itu akan meminta izin daripada anda untuk mengakses masuk untuk scan data SMS. Klik Allow.
Langkah 5:
Sekarang apabila scan sudah selesai, anda akan dapat lihat SMS-SMS anda yang terdelete sebelumnya itu dari peranti Android anda. Klik pada items tersebut dan klik pada butang Recover.