Saban tahun, pastinya peranti gaming mudah alih akan dilancarkan oleh beberapa pengeluar. Namun, Asus lebih kehadapan dengan peranti gaming mudah alih paling berkuasa buat masa ini dengan penghasilan Asus ROG Phone 2. Setelah kejayaan Asus ROG Phone yang disambut baik, mereka sekali lagi bakal menjual telefon yang lebih padu dengan ROG Phone 2.
Apa yang menariknya, Asus ROG Phone 2 dilaporkan oleh banyak sumber bakal hadir dengan Snapdragon 855+ – cip pemprosesan terbaru dan paling berkuasa buat peranti Android. Malah, kapasiti bateri dijangka sebesar 5800mAh untuk menyediakan pengalaman gaming terbaik buat para pengguna. Selain itu, ia bakal hadir dengan skrin menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz yang pastinya menyebabkan pergerakan pada skrin kelihatan lebih lancar dan lembut.
Berbeza dengan ROG Phone keluaran lalu, ia hadir dengan Snapdragon 845. Kini, ROG Phone 2 pula hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+. Dari segi teori, Snapdragon 855+ ini mempunyai pretasi yang amat bagus sehingga 40% lebih baik daripada Snapdragon 845. Ini meyakinkan bahawa Asus ROG Phone 2 bakal menjadi peranti gaming mudah alih paling berkuasa buat masa ini.