[ninja-popup id=3033]
Sudah sekian lama menjadi perbualan hangat tentang kebolehan IPad untuk menyokong ciri-ciri tetikus dipasang padanya.Turut boleh dipasangkan dengan keyboard pasang buka dan berfungsi sepenuhnya seperti komputer riba
Namun hal itu bakal menjadi realiti tidak lama lagi apabila founder dan editor-in-chief MacStories Federico Viticci mendedahkan dalam podcast “Connected” (CNET) yang mana syarikat gergasi Apple sedang mengusahakan keatas sokongan mouse and trackpad untuk iPad, turut mengesahkan andaian pembangun Apple iaitu Steve Troughton-Smith dalam tweetnya.
If you missed last week’s @_connectedfm, @viticci had a pretty interesting scoop that he’d been sitting on re mouse support coming to iPad as an accessibility feature. As far as I’m aware, that *is* indeed in the works. I feel like every pro user will turn that on, day one ?
— Steve Troughton-Smith (@stroughtonsmith) April 22, 2019
Keserasiannya dikatakan datang sebagai ciri keboleh-akses. Lebih khusus lagi, Viticci telah berkata, “Apa yang saya dengar ialah, tanpa adapter, anda akan dapat menggunakan mana-mana tetikus USB pada iPad anda, tetapi sebagai peranti aksesibiliti … Apple tidak mahu ada salah tanggap bahawa satu-satunya cara menggunakan iPad sebagai PC adalah dengan cara memasangkan tetikus. ”
Jika iOS 13 dilancarkan dengan sokongan tetikus, kemungkinan bahawa selain menyambungkan tetikus melalui USB, pengguna juga akan dapat menyambungkan Magic Mouse dan Trackpad Apple melalui Bluetooth. Apple’s Worldwide Developers Conference (WWDC) 2019 akan berlangsung 3-7 Mac, di San Jose, California.