Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Apple di WWDC19 – iOS 13, Mac Pro, Pro Display XDR, iPadOS, watchOS 6, tvOS 13

An-Naim Jamhari, June 4, 2019

Apple di WWDC 2019 telah mengumumkan banyak perkara baharu tentang produk mereka. Termasuklah pengenalan terhadap iOS 13, Mac Pro, Pro Display XDR, iPadOS dan watchOS 6.

iOS 13

Apple perlihatkan kepada umum berkaitan iOS 13 yang mempunyai ciri-ciri terbaru. Antaranya ialah Dark Mode, Advanced Photo dan Camera Features, Sign In with Apple dan All-New Maps Experience. iOS 13 membawakan kapabiliti terhadap aplikasi yang anda sering gunakan, dengan penambahbaikkan Photos dan Maps. Ia juga meningkatkan privasi dan menaikkan pretasi setiap peranti iPhone.

Maps pada iOS 13 mempunyai ciri yang serupa dengan Street View dari Google
Dark Mode pada iOS 13 yang ringkas dan bersih

Di iOS 13 juga, anda boleh mengubah Potrait Lighting pada aplikasi kamera;

Adjustment Potrait Lighting

Pada iOS 13, mereka menitikberatkan privasi pelanggan – mereka mendatangkan fungsi Sign in with Apple. Ia berfungsi untuk mencipta satu emel yang unik dari Apple untuk anda mengakses sesebuah aplikasi, berbanding cara tradisional di mana pengguna perlu menggunakan emel atau akaun sosial peribadi.

All-New Maps : Pengalaman peta yang lebih memuaskan

Untuk maklumat lanjut berkaitan iOS 13, anda boleh pergi ke sini.

Mac Pro

Sebuah komputer peribadi yang jelas sekali dibina semula, sebuah workstation untuk golongan profesional yang memerlukan pretasi yang jauh lebih baik berbanding sebuah Mac biasa yang boleh lakukan.

Dibina untuk kepuasan menyeluruh dan pretasi maksimum, Mac Pro perkenalkan workstation terbaik dengan cip pemprosesan Xeon sehingga 28 teras. Hadir dengan sistem memori berkuasa tinggi sehingga kapasiti sebesar 1.5TB, mempunyai 8 slot PCIe dan dengan seni bina grafik yang pertotonkan kad grafik terbaik dunia. Mereka juga perkenalkan Apple Afterburner – sebuah kad accelerator yanng berupaya menanyangkan 3 siaran video 8K ProRes RAW (yang tersangat berat) pada masa yang sama.

Ia dibina dengan spesifikasi gila di mana ia membolehkan golongan profesional melakukan kerja mereka. Ia amat sesuai untuk penyunting gradik, pembikin filem dan lain-lain.

Pro Display XDR

Jika Mac Pro dibina untuk industri grafik, mereka juga membina monitor yang terbaik dalam indsutri grafik. Pro Display XDR merupakan skrin Retina terbesar yang akan memberikan kepuasan maksimum – warna yang sungguh tepat dan tajam dan pengalaman menonton pada resolusi tertinggi.

Pro Display XDR

Mencirikan skrin sebesar 32” panel LCD dengan resolusi 6K Retina dengan lebih 20 juta pixel terbina. Sangat hebat dan lebih baik sehingga 40% berbanding skrin Retina 5K. Dengan ketepatan warna yang amat jelas dan menepati segala aspek monitor profesional, ia amatlah berguna kepada penyunting grafik dan seumpamanya.

Tidak ketinggalan juga ia hadir dengan teknologi anti-pantulan cahaya yang terbaik di dunia yang menggunakan tekstur nano – mempunyai ciri pantulan dan silau yang sangat rendah.

Bukan itu sahaja, mereka juga menjual Pro Stand di mana ia berfungsi untuk memegang Pro Display XDR dengan kebolehan berputar – supaya mudah untuk mengubah skrin dari Potrait ke Landscape.

Selain daripada itu, iPadOS, watchOS 6, tvOS 13 juga menerima kemaskini dan penambahbaikkan. Untuk maklumat penuh, anda boleh lihat di Apple Newsroom.

Harga

Mac Pro dijual pada harga $5,999 (~RM25,016.43) manakala Pro Display XDR bermula pada tanda harga $4,999 (~RM20,846.33) dan Pro Stand dijual pada $999 (~RM4, 165.93).

 

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes