Prokrastinasi : Kata nama yang bermaksud kemalasan dalam melakukan sesuatu kerja serta menundakannya. Semua orang pernah alami sifat kemalasan yang melanda di jiwa raga hingga anda menundakan kerja-kerja anda yang bertimbun. Maka, untuk mengelakkan perkara ini berlaku di masa hadapan, terdapat beberapa aplikasi yang akan membantu anda untuk mengelakkan diri anda dibelenggu prokrastinasi dan juga memungkinkan anda menjadi seorang perajin di saat hadapan.
App Detox
Sama ada kenafsuan melayari laman web Facebook hingga bermain permainan PUBG, godaan ini akan melemahkan kinerja anda. AppDetox akan membantu anda memerintah semula fon anda dengan cara memberlakukan pemblokan akses kepada aplikasi masing-masing.
Anda boleh menetapkan cara anda: Anda boleh menetapkan bilangan pembukaan aplikasi dalam masa atau waktu tertentu serta untuk berkemahuan rendah, boleh melarang akses aplikasi “selamanya”. Jika anda ingin mencuba menggunakan aplikasi yang diblok, anda akan dapat peringatan seperti yang penuh motivasional.
Jikapun anda menggunakan aplikasi diblok begitu sahaja, AppDetox akan mencatat catatan pelanggaran pengaksesan aplikasi anda dan anda tidak dapat memblok AppDetox sendiri.
Beat Procrastination
Walaupun sebahagian besar aplikasi yang wujud sebagai aplikasi penghentian prokrastinasi masih menjadi kontribusi kepada keprokrastinasian anda, aplikasi ini bertujuan untuk mengubah sikap anda yang sering menunda-nundakan sesuatu.
Dalam aplikasi meditasi ini, seorang ahli hipnoterapis klinis, Andrew Johnson akan membimbing anda melalui kerelaksasian otot anda, kemudian membantu diri anda memprogram semula diri untuk mengasiosasikan perasaan anda untuk berasa bahagia, kepuasan serta kepercayaan diri setelah selesai melakukan kerja nirberprokrastinasi.
Menghentikan berprokrastinasi adalah bukan kerja mudah – disarankan anda menggunakan aplikasi ini sekali sehari seminima 3 minggu, tetapi ini akan mungkin membuahkan hasil yang paling berguna.
Avoiding Procrastination 101
Seperti namanya, aplikasi ini ialah permulaan untuk mengatasi hambatan keproduktivitian anda.
Setelah mengevaluasi diri sendiri untuk mengetahui akar masalah anda (Anda yang memilih untuk berprokrastinasi), panduan ini akan menawarkan 101 kiat untuk mengakhiri berprokrastinasi anda di rumah, tempat kerja, sekolah dan hubungan anda. Aplikasi ini juga memberi saranan kepada anda dalam meningkatkan kesejahteraan anda, kerana prokrastinasi adalah gejala kepada pelbagai masalah. Sementara kiat-kiat seperti mengemas rumah, belajar mengatakan “tidak” dan banyakkan berolahraga mungkin pada awalnya bukanlah sebuah pegadaman produktiviti yang mutakhir, ia memang menguraskan masalah motivasi anda.
Satu-satunya keburukannya: Mengskrol puluhan halaman teks boleh menjadi pemicu prokrastinasi, jadi aplikasi ini lebih baik digunakan bersama aplikasi-aplikasi yang terdaftar dalam daftar kami.