‘Ray tracing’ merupakan teknik rendering yang meningkatkan visual grafik apabila cahaya ‘berkomunikasi’ dan bergerak dalam persekitaran 3D menerusi objek. Jika anda ingin persekitaran yang paling realistik, ray tracing adalah penyelesainnya. Kebiasannya, teknik ini digunakan pada filem-besar Hollywood dan GPU Nvidia pada komputer, tetapi belum hadir pada console. Kini, PlayStation 5 akan membawa perubahan.
Ray Tracing sememangnya akan membawa manfaat kepada game PS5 dengan menawarkan grafik yang lebih baik terutama dari segi pencahayaan dan bayang-bayang. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan sumber audio, menurut arkitek PlayStation, Marck Cerny.
Permainan video sering menggunakan teknik ‘rasterization’. Dengannya, apa-apa objek adalah terbina dari berjuta-juta ‘triangular polygon’ untuk menghasilkan imej 3D. Gabungan poligon tersebut akan menghasilkan proses ‘shading’, yang berubah warna objek mengikut pencahayaan persekitaran.
Dengan adanya tray racing, ia akan membantu cahaya berkomunikasi dengan objek 3D, di mana dan bagaimana, permukaan yang akan dipantulkan dan sebagainya. Secara ringkas, imej keseluruhan yang anda akan lihat adalah lebih baik dan lebih realistik berbanding teknik ‘rasterization’.
Jom kita lihat video berkaitan teknologi Ray Tracing pada game Battlefield 5 yang menyokong GPU RTX:
Adakah ia berbaloi ? Segelintir pengguna suka padanya, ada yang tidak. Bergantung pada game yang kita main. Oleh kerana ia lebih realistik dan meningkatkan bayang-bayang, pemain akan kurang nampak musuh pada persekitaran yang gelap. Selain daripada itu, ia adalah menakjubkan !