Shareit ni siapa tak tahu kan. App ni memang berguna sehingga menjadi TOP 1 Downloaded App on Google Play dalam 24 buah negara. Malah penggunanya pula mencecah 600 juta dari serata dunia. Hebat bukan? Tapi kenapa pula? Yang tak tahu tentang Shareit ni boleh buka mata anda tentang app ini. Lepas anda baca artikel ini korang boleh la jimat masa dan quota korang.
Dulu nak share file guna bluetooth tapi amatlah perlahan. Ada yang sanggup share guna wifi terus daripada tunggu. Lepas itu ada teknologi share file menggunakan WiFI sebagai medium untuk hantar/terima file. Tapi masalahnya saya sendiri tidak tahu cara nak guna teknologi tu sehinggakan abang ipar saya perkenalkan Shareit kepada saya. Eceh. Jom kita usya perbezaan kelajuan transfer rate antara Bluetooth dan Wifi.
Dari kedua-dua gambar itu kita boleh dapat bezakan mana lagi laju. Teknologi Wifi menang besar ke atas Bluetooth. Oleh itu, kita perlu menggunakan teknologi baharu ini iaitu Shareit. Anda boleh download terus dari Google Play Store.
Apa yang Shareit boleh buat
- Paling laju
200 kali lebih laj berbanding Bluetooh, boleh mencecah 20Mbps
- Pelbagai platform untuk transfer
Komputer/Telefon/Tablet & Android/iOS/Windows
- Transfer apa jua file
Semua benda boleh; lagu, files, app.
- Simple dan mudah
User-friendly, tak susah pun nak guna.
- Connect to PC
Cable takde? Boleh je share antara telefon dan PC
- Replicate telefon
Contacts, SMS, App, Videos, Music, etc.
- Tiada internet diperlukan
Tak perlu internet sebab hanya guna Wifi.
- Group Sharing
Tukar-tukar file dengan orang ramai
Tamat dah pasal fungsi dia. Jom admin ajar pulak cara guna.
Tutorial Menggunakan Shareit
A) Share files, music, aplikasi biasa, dan sebagainya
1. Telefon penghantar tekan ‘Send’, manakala telefon penerima tekan ‘Receive’.
2. Pilih file yang nak dihantar.
3. Tekan ‘Next’
4. Tekan nama telefon penerima untuk hantar dekat dia.
Mudah bukan? Macam ABC je. Baca lagi.
B) Share Game
*Untuk share game, kena advance sedikit kerana game ada aplikasi (apk) dan data (obb).
Apakah itu apk: tekan sini
Apakah itu obb: Obb ni tempat simpannya file-file game.
Contoh game: Football Manager Mobile (FMM)
1. Telefon penghantar tekan ‘Send’, manakala telefon penerima tekan ‘Receive’.
2. Pilih app game yang nak dihantar: FMM
3. Baru kita hantar data obb game, dengan masuk ke files>phone storage>Android>Obb
4. Pilih file yang ada kena mengena dengan game kita, contoh bagi FMM ialah com.sigames.fmm2018
5. Tekan ‘Send’ dan hantar kepada penerima.
(Langkah seterusnya dekat telefon penerima)
6. Install game
7. Buka file browser dan pergi ke internal storage>Shareit>Files
8. Cut file com.sigames.fmm2018 dan paste dekat internal storage>Android>Obb
9. Siap. Boleh buka game tanpa masalah, jika ikut step betul-betul.
C) Member takde Shareit tapi nak share file jugak?
Nak senang, suruh dia download. Nak jimat quota ikut cara ni.
1. Telefon penghantar buka shareit dan tekan invite (Ada belah kanan dan atas, logo ‘tambah orang’)
2. Pilih hotspot, lepas tu keluar alamat ip contoh 192.xxx.xxx
(Dekat telefon penerima)
3. buka chrome dan masukkan alamat itu.
4. Tekan Download.
5. Install Shareit.
D) Cable rosak nak share file antara telefon dan windows?
*Cara ni tak boleh guna cara C.
1. Windows download shareit version windows.
2. Buka share it.
3. Telefon buka share it dan ‘Connect to PC’
4. Done. Boleh share files.
Tamat. Jika ada pertanyaan, boleh terus komen ataupun hubungi saya di page Contact. Jika suka artikel ini, sila share kepada kawan-kawan semua ye.