Apa yang anda akan belajar
- Apakah itu lucky patcher
- Fungsi Lucky patcher
- cara hack game guna lucky patcher (Golds, money, Diamonds, coins)
- Cara Guna Lucky Patcher (Full Tutorial – Video)
Apakah itu lucky patcher
Lucky patcher ialah satu aplikasi yang boleh memanipulasikan (menipu) aplikasi yang lain. Ia adalah satu aplikasi yang berguna buat pengguna Android khususnya rooted user.
Walaupun masih boleh dipakai oleh non-root user, anda masih tidak dapat menerokai kehebatan Lucky Patcher ini.
Oleh itu anda haruslah root telefon anda dahulu untuk kepuasan yang maksimum, baca cara root telefon android.
Fungsi Lucky Patcher
- Sekat iklan dari aplikasi dan browser
Lucky Patcher akan mengubah suai ‘host’ supaya telefon anda tidak akan terima iklan dari Google dan pengiklanan lain.
File host ini mempunyai link yang menghubungkan antara aplikasi dan pengiklan.
- Buang verifikasi lesen dari aplikasi
Kebanyakkan aplikasi premium mempunyai verifikasi lesen oleh Google Play Store. Hal ini bertujuan untuk menghalang aplikasi diinstall sumber selain dari Google Play Store.
Jika anda download aplikasi versi ‘paid/crack’, anda haruslah buang verifikasi lesen dengan menggunakan Lucky Patcher.
- Uninstall pre-installed apps
Pre-installed app ini ialah aplikasi yang memang ada dalam telefon anda. Misalnya Samsung Apps dan Skype.
Aplikasi sebegini tidak dapat uninstall jika anda bukan root user. Jika anda rooted-user, anda boleh menggunakan Lucky Patcher untuk uninstall semua aplikasi.
- Mengubah permintaan aplikasi
Anda seorang yang pentingkan privasi? Anda boleh ubah permintaan aplikasi tersebut. Misalnya jika app tersebut ialah kalkulator dan meminta akses membaca contact.
Bukankah itu pelik? Jika anda berasa pelik, anda boleh deny permintaan tersebut dengan Lucky Patcher.
- Custom patch
Antara fungsi Lucky Patcher yang paling hebat, anda boleh patch dan ubah suai mana-mana aplikasi. Setiap app yang famous, mesti ada custom patch untuk aplikasi tersebut.
Misalnya, Custom patch untuk Whatsapp ialah hide bluetick dan sebagainya serta upgrade aplikasi biasa kepada premium.
- Hack in-app purchase
Ini merupakan fungsi yang terhebat dalam Lucky Patcher. Hal ini kerana anda boleh membuat pembayaran untuk membeli coins tetapi tanpa bayar 1 sen pun. Secara ringkasnya ialah beli secara percuma.
Fungsi ini berjalan lancar ke atas aplikasi dan game ‘offline’, manakala game ‘online’ pula mustahil kerana ia bersambung dengan server.
Bahaya lucky patcher
- Jika anda tiada pengetahuan nak guna Lucky patcher, ia mungkin membahayakan anda jika anda salah tekan.
- Lucky patcher bebas dar virus; tetapi jika anda download dari sumber yang salah, ia merupakan versi yang mungkin penuh dengan virus.
- Ubah suai sistem tanpa ilmu boleh mengakibatkan brick
cara hack game guna lucky patcher
- 1. Buka Lucky Patcher, pilih game atau aplikasi Android yang ingin anda hack.
2. Klik game atau aplikasinya lalu pilih menu ‘Open Menu of Patches’ lalu tekan ‘Support patch for InApp and LVL emulation.’
3. Tanda ‘Support patch for LVL emulation’ dan ‘Support patch for InApp emulation’lalu klik ‘Apply’.
4. Tunggu sampai proses siap. Lepastu tekan ‘Launch’.
5. Pergi ke shop dan beli coins, lalu akan muncul satu popup dan anda hanya perlu tekan “Yes”.
Cara Download Lucky Patcher
Lucky Patcher dibangunkan oleh Chelpus. Jika anda nak download, pastikan dari sumber yang betul supaya Lucky Patcher berfungsi dengan baik. Anda boleh dowload Lucky Patcher, tekan sini .