Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Apa itu ‘Digital Wellbeing & Parental Controls’ pada Android ?

An-Naim Jamhari, October 17, 2019

Lebih banyak aplikasi yang perlu dipasang pada telefon adalah ‘merimaskan’, tetapi peraturan baru dari Google ini boleh membawakan kebaikan kepada ekosistem kita. Digital Wellbeing kini perlu dipasang pada semua telefon Android dari Google.

Google membuat langkah kehadapan dengan memperbaharui lesen Google Mobile Services (GMS), yang bermakna setiap pengeluar perlu memasangkan aplikasi Digital Wellbeing atau alternatif lain pada peranti mereka.

Nama penuh bagi Digital Wellbeing adalah Digital Wellbeing & Parental Controls, merupakan sebuah aplikasi yang akan merekod aktiviti harian anda dan mengawal peranti anak-anak bagi ibubapa.

Dengan adanya teknologi, kadangkala ia membawa keburukan terhadap masyarakat – iaitu kelalaian dan penyalahgunaan. Bagi mengatasi masalah ini, Google membawakan Digital Wellbeing untuk setiap peranti. Yang bertujuan untuk mendidik manusia untuk tidak menjadi hamba gadget dan berguna untuk didikan ibubapa – iaitu mengehadkan penggunaan telefon pintar milik anak mereka.

Melalui aplikasi ‘Digital Wellbeing & Parental Controls’, anda boleh melihat rekod aktiviti harian anda bersama telefon anda pada papan pemuka aplikasi. Tempoh aplikasi dibuka, berapa banyak notifikasi diterima, berapa kali ia dibuka dan sebagainya.

 

Apa yang menariknya, anda boleh meletak had tempoh penggunaan pada sesuatu aplikasi. Misalnya, anda boleh mengehadkan penggunaan Instagram pada 2 jam sehari. Ini bermakna, anda akan sedar bahawa untuk tidak bersosial lagi, dan perlu luangkan masa pada perkara lain.

Bagi kes Xiaomi dan Huawei pula, mereka tidak menggunakan Digital Wellbeing oleh Google, namun mereka membangunkan aplikasi mereka sendiri dan ia tidak menjadi masalah terhadap perjanjian antara pengeluar dan Android Google.

 

Apa Itu ?

Post navigation

Previous post
Next post
©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes