YouTube adalah satu website percuma untuk tonton atau muat naik video. Ia sangat mudah untuk tonton video secara online atau kongsi video anda bersama yang lain. Asalnya dicipta pada tahun 2005, sehingga kini menjadi antara website yang paling terkenal di seluruh dunia.
Apa itu dark mode/theme?
Dark mode ialah satu tema dimana aplikasi tersebut menggunakan warna gelap sebagai warna utama. Sebagai contoh, warna youtube adalah gandingan warna merah sebagai menu dan putih sebagai background.
Manakala dark mode, warna tersebut digantikan warna hitam sebagai background dan warna putih sebagai tulisan. Tapi kenapa pulak banyak app kini disediakan dengan dark mode ni? Mesti korang pelik kan?
Kelebihan dark mode
- Lebih menarik
Orang zaman kini ingin stail yang lebih garang dan gempak. Di mana warna hitam yang bersifat biasa-biasa tapi ‘garunk’, seperti Batman atau Range Rover ataupun ‘hipster all black’, ia merupakan satu warna yang diminati oleh setiap individu.
- Jimat penggunaan battery
Mengikut logik dan teori, lebih rendah kecerahan skrin maka lebih kurang penggunaan bateri. Kita boleh juga terima teori ini kerana kecerahan yang lebih gelap tidak menyakitkan seperti warna terang.
- Mengelakkan mata anda menjadi rabun
Apabila dunia semakin canggih dan banyak telefon pintar dikeluarkan, lebih ramai juga kanak-kanak yang sudah rabun. Tapi mengapa? Mengapakah warna terang boleh merabunkan mata?
Warna terang = pancar cahaya yang lebih banyak
Warna gelap = pancar cahaya yang lebih sedikit
Cahaya skrin telefon ada ‘bluelight’ di mana ia boleh memberi kesan kepada mata anda. Impak bluelight ini adalah mata anda akan terima cahaya yang tinggi, maka mata anda akan mengecil, maka otot mata anda bekerja dengan lebih keras, maka mata anda berasa letih, maka mata anda akan berasa lesu, maka anda akan menjadi rabun.
Untuk mengurangkan bluelight ini, anda boleh menggunakan dark mode, bluelight filter app (tukar screen kepada warna oren kekuningan) ataupun tempered glass yang bersifat penapis bluelight.
Walaubagaimanapun, jika ada menggunakan penapis bluelight edisi Coway ke, jangan lupa menggunakan gadget anda dengan persekitaran yang bercahaya. Maksudnya di sini jangan main telefon di dalam tempat yang gelap, atau anda berupaya merisikokan mata anda.
- Hitam itu manis (krik krik)
Cara mengaktifkan dark mode youtube di google chrome
Cara mengaktifkan dark mode youtube di Ios & Android
Buat masa sekarang ini, youtube yang mempunyai dark mode hanya berada di pasaran IOS. Manakala Android, update tersebut akan datang tidak lama lagi. maka anda semua jangan lupa guna dark mode ini ya !