Semakin lama dunia semakin maju. Sampai kita tidak tahu tentang teknologi kini, iaitu Bitcoin. Kalau pertama kali dengar, mesti tanya macam ini; Apakah itu bitcoin, Kegunaan bitcoin, Bagaimana cara mendapatkan bitcoin, Apa itu bitcoin mining, Apakah itu wallet? Tak mengapa, saya akan bagitau anda semua. Teruskan membaca.
1. Apakah itu bitcoin
Bitcoin adalah mata wang virtual iaitu cryptocurrency yang dikembangkan pada 31 Oktober 2008 oleh Satoshi Nakamoto. Siapakah beliau? Itu hanya nama samaran dan tiada siapa boleh mengenal pasti tentang beliau. Mata wang ini seperti mata wang yang lain iaitu Ringgit atau Dollar, namun ia dalam bentuk digital.
2. Kegunaan bitcoin
-
Pindah dengan pantas secara peer-to-peer
Bitcoin berfungsi tanpa ada pusat server dan simpanan server dibahagi ke server yang lain yang dijalankan oleh seseorang pengguna ke dalam jaringan bitcoin.
-
Pindah ke mana sahaja
Boleh kirim duit ke luar negara ataupun kemana-mana sahaja tanpa pergi ke Western Union ataupun sebagainya. Hanya guna telefon anda atau komputer sahaja.
-
Boleh pindah dengan nilai yang besar atau kecil
Bitcoin boleh dipindahkan kepada orang lain sama ada nilai yang amat kecil hingga ke nilai yang teramat besar. Kalau guna bank dan melibatkan RM30 000 keatas pastinya dipantau oleh Bank negara.
-
Transaksi yang dibuat tidak boleh dibatalkan
Tidak seperti bank, kalau tersalah masuk boleh refund balik. Tapi bitcoin tidak boleh.
-
Transaksi bitcoin yang pseudonymous
Tranksaksi bitcoin boleh dilakukan walaupun dengan identiti samaran. Justeru menjaga privasi masing-masing, namun setiap transaksi tetap tercatat dalam rekod.
-
Tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak
Pastinya bitcoin tidak dapat dikawal atau dipantau oleh pihak berkuasa seperti PDRM ataupun Bank Negara.
-
Jumlahnya yang amat terbatas
Bila jumlah bitcoin semakin berkurang ataupun permintaan terhadap bitcoin meningkat, maka harga bitcoin akan mengalami kesannya, iaitu nilai bitcoin semakin tinggi.
-
Tidak dapat dikesan
Tranksaksi bitcoin tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa. Hal ini pembelian melalui bitcoin selamat dan bebas kerisauan. Bitcoin juga dikatakan dicipta sebagai medium transaksi bagi pasaran gelap.
-
Boleh dicipta
Ia dipanggil bitcoin mining. Baca selanjutnya untuk ketahui apakah ia.
3. Cara untuk mendapatkan bitcoin
- Beli bitcoin
Anda boleh beli bitcoin dengan pihak yang ingin menjualnya. Boleh beli melalui website tertentu, sebagai contoh www.localbitcoins.com ataupun wallet anda sendiri.
- Mining bitcoin
Anda boleh buat bitcoin sendiri dengan mining bitcoin.
4. Apa itu bitcoin mining
Seperti namanya iaitu melombong bitcoin untuk mendapatkan hasilnya. Anda boleh melombong dengan percuma ataupun dengan modal. Kalau dengan modal, kita melabur dengan orang lain untuk melombong.
Kalau nak melombong bitcoin yang asli dan percuma dan tiada orang tengah, iaitu dengan menggunakan komputer anda. Bagaimanakah untuk melombong? Komputer akan menggunakan software iaitu miner, yang akan menyelesaikan masalah blok matematik dan sebagainya lalu ia ditukarkan kepada bitcoin.
Anda nak mining bitcoin? Kena belajar betul-betul. Buat kajian sedalam-dalam cintamu kepada kekasih korang masing-masing. Tapi mengapakah? Meh abang bagitau.
- Menggunakan CPU dengan maksimum
Kerana miner akan bekerja dengan maksimum dengan guna semua core cpu dan guna sampai max.
- Kos elektrik yang buat lubang poket anda berlubang-lubang.
Macam saya cakap kat atas tu, bila komputer guna kuasa secara maksimum ia akan menyebabkan penggunanaan elektrik yang tinggi.
- Proses melombong terhenti
Ya benar, terhenti. Proses mining akan terhenti sebab banyak faktor, tapi penggunaan CPU dan komputer anda masih berjalan. Fuhh poket jadi lubangang lah hahaha. Maksudnya disini, kita bayar orang untuk berkerja selama 10 jam untuk cat rumah, tapi pekerja tu tidur makan lepak hisap rokok dan kita masih membayarnya tanpa ada hasil. Maka nak senang faham gaji buta. Mu pehe dok?
5. Apa itu bitcoin wallet
Bitcoin wallet ni dah namanya wallet, maka ia akan simpan lah bitcoin anda secara online. Setiap pengguna wallet akan disediakan alamat masing-masing (bitcoin address) tapi ia bermaksud seperti nombor bank akaun anda. Contohnya ialah 1ExAmpLe0FaBiTco1NADr3sSV5tsGaMF6hd . Wallet boleh buka di website ataupun aplikasi telefon.
Tugasnya ialah untuk menyimpan bitcoin anda, dan tolong anda melakuka transaksi. Namun setiap transaksi akan dikenakan sedikit caj. Biasalah tu dalam dunia ni. Tapi ia akan menjaga wallet anda dengan selamat (seperti bank) dan caj yang dikenakan juga rendah.
Contoh wallet yang terkenal dekat Malaysia ialah Luno. Disitu juga korang boleh beli bitcoin.
https://www.luno.com/
Berbaloi ke jika melabur dalam bitcoin?
Saya tidak pasti kerana ada risiko. Tapi sejak bitcoin dilancarkan pada 2008, harganya mencanak naik sehingga $7000 (bukan harga langsung, cuma lingkungan) untuk sebijik bitcoin. Ada orang mulanya beli banyak-banyak semasa mereka tahu dari awal dan sekarang boleh jadi jutawan.
BONUS!
- Kalau jumpa melaburlah dalam blablabla dan pulangan sehingga berlipat kali ganda, itu semua benar. Tapi setelah ketua mereka dapat cecah sasaran dorang, mereka akan lari bersama bitcoin anda. Berhati-hatilah dengan pelaburan bitcoin sebab ia tidak boleh refund dan dikesan.
- Kalau nak melabur jugak, cari pelabur baru yang nak naik kerana sasaran mereka masih jauh dan anda boleh buat bitcoin anda berlipat kriuk-kriuk.
P/S: Kalau nak mining bitcoin dengan teknik lain tanpa melibatkan komputer sendiri. Boleh email kepada annaim83@yahoo.com.
Terima kasih kerana membaca dan jangan segan silu baca post-post sebelum ini. Jangan lupa untuk share post ini menggunakan button yang disediakan. Kalau ada sebarang pertanyaan sila komen dibawah.
terbaik boss. mudah faham keep it up
terima kasih nanti sila la jenguk lagi ye
ia membantu kepada yg baru hendak mula cua bit coin, selain itu, perlu mengajar kepada yg baru bermula bitcoin tu secara step by step oky. good luck your spm, lps spm tu boleh la ambil bahagian IT.
Tq broo hehe..nti saya update ttg bitcoin