Opensignal adalah sebuah syarikat yang menganalisis konsumer pengalaman peranti dan laporan industri dari mereka boleh menjadi satu panduan untuk memahami pengalaman sebenar apa yang konsumer terima melalui rangkaian tanpa-wayar.
Dalam kajian terbaru dari Opensignal, mereka melihat perlumbaan pembangunan antara Celcom dan Maxis dalam data mereka. Sementara Maxis mengekalkan kedudukan pertama dalam kategori kelajuan memuat-turun, Celcom pula memegang kategori kelajuan memuat-naik.
Celcom juga memegang anugerah kesediaan liputan 4G manakala Maxis memenangi anugerah pengalaman latency. Dalam kategori pengalaman video, Opensignal mendapati bahawa kedua-dua syarikat telekomunikasi ini seri.
Laporan ini dibuat dengan jumlah data yang dikumpulkan oleh pengguna Opensignal – merangkumi jumlah peranti sebanyak 744,691 dan jumlah pengukuran adalah 1,912,501,331 kali. Kesemua data ini dikumpulkan sepanjang bulan Disember 2018 sehingga akhir bulan Februari 2019. Tidak lupa juga, Ketua Analisis ini diterajui oleh Kevin Fitchard.
Jom kita lihat gambar data oleh Opensignal dalam kategori liputan 4G, pengalaman video, memuat-naik dan memuat turut serta latency:
Kesimpulannya, Maxis dan Celcom dapati berjaya menakluki Malaysia dan mengalahkan syarikat telekomunikasi yang lain seperti Digi, U Mobile dan Unifi. Dari kajian dan data oleh Opensignal, kita boleh melihat sendiri sejauh mana pretasi sesebuah syarikat telekomunikasi yang ada. Untuk maklumat penuh dan data terperinci seperti data di sesebuah bandar, anda boleh lihat sendiri di Opensignal.