Kalau dahulu kita selalu yakin dengan Anti Virus kita dapat mengatasi sebarang masalah yang berkaitan dengan Malware. Kini anti virus yang dipasang pada PC anda belum tentu dapat menyelamatkan PC anda dari dijangkiti sebarang jenis Malware. Hal ini kerana Syarikat pengeluar anti virus ingin memastikan mereka dapat menjana wang secara berterusan. Jadi mereka menggabungkan spyware, toolbar, dan pelbagai lagi “junk” untuk memastikan kemasukan wang ke dalam akaun syarikat.
Pada satu tahap, anti virus percuma hanya menyediakan iklan, mendorong pengguna menaik taraf ke produk berbayar. Tidak lupa juga memberikan time period atau trial kepada pengguna untuk jangka masa yang pendek. Hal ini akan membuatkan pengguna membeli kunci produk atau key product untuk mengaktifkan versi penuh anti virus tersebut.
Cara-cara Syarikat Anti Virus menggunakan PC anda sebagai galian wang
- Menukar Enjin Carian Default Anda: Syarikat-syarikat antivirus cuba mengubah enjin carian penyemak imbas anda ke salah satu pilihan mereka sendiri. Mereka kemudian menghasilkan wang apabila anda mengklik iklan pada halaman hasil carian ini. Ini kadang-kadang boleh menjadi jenama seperti “carian yang selamat/ Secure Search,” tetapi sebenarnya anda hanya menggunakan enjin carian kualiti rendah yang menjana wang syarikat.
- Menukar Homepage Anda: Syarikat-syarikat antivirus juga ingin menukar laman utama anda, mengarahkan lalu lintas ke laman web yang menghasilkan wang dengan iklan kepada anda.
- Junkware: Syarikat-syarikat antivirus menambah program tambahan (atau “tawaran”) kepada pemasangnya yang dipasang secara automatik secara default. Mereka dibayar oleh pencipta program jika mereka boleh memasang program pada sistem anda berdasarkan sebanyak beberapa dolar bagi setiap pemasangan.
- Menjejak Data Anda: Syarikat-syarikat antivirus menjejaki tabiat pelayaran anda dan butiran peribadi lain mengenai anda. Sesetengah syarikat antivirus mungkin menjual data ini untuk menghasilkan lebih banyak wang.
Di artikel akan datang admin akan berkongsi dengan anda anti virus yang terbaik dan yang patut anda gunakan. Semoga kita semua berhati-hati menggunakan PC kita