Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Anda Seorang Mobile Gamers? Jangan Buat 3 Perkara Ini!

An-Naim Jamhari, January 14, 2019

Zaman sekarang, pelbagai peranti smartphone bukan sahaja digunakan sebagai alat telekomunikasi tetapi sudah dinaik taraf digunakan sebagai alat hiburan. Fenomena gaming yang kini semakin menjadi kegilaan ramai. Namun begitu, semakin ramai juga mereka yang terlalu teruja bermain permainan sehingga secara tidak sengaja ‘mendera’ peranti kesayangan mereka. 

Oleh itu, Bijak Android kali ini akan memberikan tentang penerangan tentang 3 perkara yang tidak sepatutnya pengguna lakukan terhadap Android mereka semasa bermain games. Teruskan membaca!

1. Bermain sambil caj

Games kini semakin canggih dan memerlukan penggunaan RAM yang tinggi. Misalnya permainan popular seperti PUBG, Fortnite yang pasti bakal menyedut bateri anda sepantas-pantasnya. Ini disebabkan games berikut mempunyai grafik yang tinggi dan menyebabkan prosesor smartphone anda perlu bekerja keras bagi memastikan anda mendapat prestasi terbaik.

Namun, ramai dalam kalangan kita mengambil jalan mudah dengan bermain sambil caj. Ini sangat membahayakan dan menyebabkan beberapa akibat. Antaranya, menyebabkan phone menjadi panas yang terlalu kuat sehingga menimbulkan ketidak selesaan pengguna. Malahan lagi, bermain sambil caj turut merosakkan prestasi kapasiti bateri dan mengurangkan jangka hayatnya. Jangan terkejut kalau anda biasa bermain sambil caj, bateri anda akan menglami penurunan yang sangat drastik sekalipun anda tidak menggunakannya.

Jadi cara mengatasinya ialah caj dulu bateri peranti anda sehingga penuh. Dan kemudian barulah anda bermain permainan kegemaran anda. Tapi ingat, jangan habiskan bateri anda sehingga bawah 10%. Ini sangat tidak bagus pada bateri anda.

2. Jangan multi tasking

Multi tasking di sini bukan bermaksud peranti anda tidak boleh menggunakan pelbagai aplikasi dalam satu masa seperti kebiasaanya. Tetapi ianya bermaksud dari sudut gaming walaupun peranti anda mampu. Ini kerana jika anda multi tasking semasa bermain games akan menyebabkan penggunaan RAM yang sangat tinggi. Penggunaan RAM yang tinggi akan menyebabkan games menjadi lagging dan drop Frame Per Second (FPS). 
Cara membendungnya ialah anda perlu off semua aplikasi yang tidak diperlukan serta yang running background. Sebaiknya anda perlu hibernate aplikasi tersebut supaya ianya tidak menggunakan RAM peranti anda. Selepas itu barulah RAM anda digunakan hanya tertumpu pada prestasi gaming anda.

3. Jangan guna phone ‘Potato’

 

Ramai dalam kalangan remaja atau masyarakat sekarang yang memilih phone Android yang menjimatkan wang. Ini memang diakui bahawa kita tidak seharusnya membazirkan duit kita dengan membeli peranti yang high tier yang sudah tentu sangat mahal. Namun begitu, ini tidak bermaksud anda boleh memilih peranti yang bertaraf kentang dalam dunia gaming. Maksudnya peranti yang mempunyai speksifikasi yang rendah. Ini menyebabkan peranti anda terseksa untuk menjalankan permainan anda yang canggih-canggih itu. Kata orang biarlah sekufu. 

Tapi jangan risau tahukah anda Huawei Honor menjadi penyelamat anda untuk bab ini. Honor 10 Lite sebuah peranti yang berkuasa 6GB RAM yang pasti membuatkan anda tidak lagi mengalami lagging atau drop FPS. Malahan baterinya yang besar iaitu 3400mAh cukup memberikan anda pengalaman yang memuaskan dalam gaming.

Bila dilihat dari sudut speksifikasinya pasti membuatkan anda tertanya harganya. Adakah mahal? Mampukah dimiliki?

Jangan risau, Honor 10 Lite dengan speksifikasi yang padu dapat dimiliki dengan harga promosi RM749  RM699 SAHAJA!!

Apa tunggu lagi? Ready set go!




Trik dan Tips Telefon Pintar

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes