Xiaomi merupakan salah satu jenama telefon pintar yang sedang hangat di Malaysia. Penawaran kualiti dan teknologi tinggi pada setiap keluaran dengan harga yang berpatutan membuatkan ramai memilih Xiaomi. Bukan di Malaysia sahaja, Xiaomi di China juga menjadi pilihan orang ramai.
Sejak menawarkan telefon pintar dari tahun 2014, setiap produk Xiaomi tidak dijual pada harga rasmi dan pembeli perlu mendapatkannya dari pihak ketiga. Dimana pihak ini menawarkan harga dan servis yang berlainan.
Baru-baru ini, Xiaomi Malaysia telah bekerjasama dengan laman membeli belah Shopee untuk menyediakan platform pembelian barangan secara online yang ditempah terus dari negara China. Tidak perlu risau, perkara ini mempunyai pensijilan kualiti rasmi dari pihak Xiaomi sendiri.
Walaubagaimanapun, produk yang dibeli turut hadir dengan waranti daripada Xioami China dan ia masih laku di dalam Malaysia. Anda masih layak untuk mendapatkan servis perkhidmatan di setiap cawangan Mi seluruh Malaysia.
Namun, pengguna perlu membayar cukai atau duti import apabila produk dipesan (jika ada). Jika anda berminat, anda boleh layari Xiaomi Official Store Global untuk membuat pesanan.